SELAMAT DATANG KE BLOG CETUSAN RASA ZECK AS

BAJET KAKITANGAN AWAM 2010

BAJET KAKITANGAN AWAM 2010
on Isnin, Jun 16, 2008

Sajak Hari Bapa

Tiap saat aku menghitung kerinduan terhadapmu…abah
hinggalah sekarang baru aku tersedar
ia telahpun melimpah ruah….

kerana abah aku di sini
kerana abah aku sentiasa gembira...
kerana abah kuterasa bahagia…
abah oh abah...

Abah…
semenjak kecil aku dibesarkan bagai menatang minyak yang penuh
semenjak kecil aku dimanjakan dengan belaian gurauanmu yang indah
semenjak kecil aku diasuh dan dididik oleh keringatmu
abah…
ketika aku mengalah…
engkau membina semangatku
ketika aku sakit…
engkau menjadi penawarku
ketika aku bersedih…
kau mengesat air mataku
ketika aku ketawa
engkau tersenyum riang bersama ku
dan ketika engkau berduka?
aku harap akulah penawar duka laramu
selamat hari bapa kepada abah insan yang AMAT KU CINTA.......................zas

0 comments: