SELAMAT DATANG KE BLOG CETUSAN RASA ZECK AS

BAJET KAKITANGAN AWAM 2010

BAJET KAKITANGAN AWAM 2010

AMALAN KITA...

on Ahad, Mei 24, 2009

Dari Abi Tsa'labah Al-Khusani, Jurthum bin Nashir r.a, daripada Rasulullah SAW, yang bersabda : ' Sesungguhnya Allah Ta'ala telah memfardhukan beberapa kewajipan, maka janganlah kamu mengabaikannya. Dan ia telah menetapkan beberapa hudud ( batasan ), maka janganlah kamu melampauinya. Dia telah mengharamkan beberapa benda maka janganlah kamu melanggarnya. Dan Dia telah mendiamkan beberapa pekara sebagai suatu rahmat terhadap kamu, bukan kerana lupa maka janganlah kamu membahas mengenainya.'

"JIWA KOSONG, DAHAGA PERHATIAN" (Dapatan bekas bungkus roti canai.)..

Sumber :Dipetik Akhbar Berita Harian (Terbaca dari bekas bungkus roti canai..) Penulis : Tengku Asmadi Tengku Mohamad.

PEGANGAN agama yang longgar serta penekanan ibu bapa yang terlalu mementingkan pencapaian akademik adalah antara penyebab utama jiwa pelajar tertekan lalu mudah terjebak dalam kejadian tidak diingini termasuk jenayah. Tidak cukup dengan itu, pelajar yang rata-ratanya berada dalam lingkungan usia kritikal turut tertekan akibat kesuntukan masa - menghadiri sesi persekolahan biasa pada w
aktu pagi atau petang disusuli sekolah agama atau kelas tuisyen yang perlu diikuti. “Ini menjadikan kehidupan mereka amat tertekan. Jadual mereka padat dengan tanggungjawab akademik serta perlu memenuhi tuntutan ibu bapa sepanjang masa.

“Jiwa mereka kosong kerana tidak mempunyai masa untuk diri sendiri seperti relaks atau melakukan kegiatan yang diingini. Keadaan mungkin dapat dielakkan jika mereka mempunyai pegangan agama kerana jiwa dan rohani mereka terisi,” kata pakar motivasi remaja, Dr Tengku Asmadi Tengku Mohamad, ketika dihubungi baru-baru ini.

Berikutan itu, mereka menjadikan kesempatan menemui atau lepak bersama rakan-rakan di dalam atau luar sekolah, sebagai saluran melepaskan tekanan.

“Keadaan bahaya apabila mereka tidak pedulikan latar belakang rakan, asalkan boleh serasi. Jika rakan yang baik, tidak mengapa, tetapi andai kawan yang digauli itu nakal, ia boleh menarik pelajar itu terjebak sama.”


Faktor lain, katanya, adalah disebabkan keadaan diri pelajar sebagai golongan 'pencari perhatian' “Pelajar bukan saja golongan yang suka mencuba pelbagai perkara baru. Tetapi mereka juga dahagakan perhatian, biarpun caranya berbeza antara satu individu kepada yang lain. Bagi pelajar cerdik, masalah itu tidak timbul kerana mereka sentiasa dipuji. “Tetapi bagaimana dengan pelajar yang tidak pernah dipuji guru mahu pun ibu bapa sendiri? Ini menyebabkan ada di antara sanggup melakukan perkara seperti jenayah dan seterusnya dipuji rakan dalam kumpulan itu. ..........(maklumat lanjut tidak dapat disiarkan kerana terkoyak...hilang....maklumlah bekas bungkus roti canai) ...



KOMEN PENULIS :
Sekadar untuk berkongsi rasa dengan kalian...... Agaknya itulah perasaan yang bermain di minda anak-anak kita. Letih, tertekan, rungsing, bosan,perlu perhatian, perlu bermain, beban , marah, dan sebagainya. Kadang kala kita sebagai ibu bapa hanya pandai mengarah...itu dan ini....jika tak buat.....siap, kamu !! Pernah tak kita merasai apa yang mereka rasa...'empati' (masuk dalam kasut mereka;istilah kaunselor) Jadual mereka yang begitu padat, paginya sekolah biasa, tengah harinya kelas tambahan, petangnya kelas agama dan malamnya tuisyen dan buat kerja sekolah....Huh !! Penat !!..Sebagai ayah dan ibu, rasanya luangkan sedikit masa untuk anak-anak kita....beri tekanan kepada anak, rasanya bukan jalan yang terbaik......tetapi asuh, bimbing, didik dan pimpin sebenarnya menjadi jalan yang paling terbaik untuk anak kita. Dan yang paling penting...jiwa mereka perlu diturap dengan ilmu agama. Hanya agama sahaja yang boleh membantu anak-anak kita menjadi insan yang sempurna........Apa pandangan anda? zas

BERITA PANAS !!!....

on Sabtu, Mei 23, 2009


"Kita dah kena serang..""Tolong ! nii malapetaka nii.."
Hati-hati kalian semua,
Waspada sebelum terlambat,
Serangan bermula di SKSV,

Virus yang tak ada ubatnya..
Lebih dahsyat dari Selsema Kinzir....
Sikit dahsyat dari sopak...
"Wah duh....ini bikin gila",
"Bikin jantung terhenti"..

Semua guru kena penyakit ni....
"Haa....semua guru !!"

Dikhabarkan tak seorang pun yang terkecuali...
"Dayy...takut...!!"
"Ini penyakit manyak ba ye ka...?


Bahaya....!! Sungguh bahaya !!
Penyakit..Blog...
Nama penyakit ini secara saintifiknya "Blogspot.com"

Now..mulai sekarang guru-guru SKSV semakin sibuk...amat sibuk...terlalu sibuk...
Depa kena penyakit "Bina blog masing-masing",


TAHNIAH, GURU-GURU SKSV anda dah ada blog masing-masing....SELAMAT MENYIBUKKAN DIRI.. zas

ANDA KENAL TAK GURU ANDA ?....ORANG KATA.....

on Sabtu, Mei 16, 2009

kata sahabat saya, AH LAN...Guru yang banyak HAFAL tu tentu CIKGU SEJARAH.......
Yang CAKAP BERBUNGA tu tentu CIKGU SASTERA....
Yang teratur ayatnya agaknya CIKGU BM le tuuu.....
GELAP KULITNYA.....BERMINYAK MUKANYA....sahlah CIKGU PJ...
SOPAN orangnya, CIKGU SIVIK...
WARAK ORANGNYA....tentu CIKGU AGAMA...
PELIK SIKIT...orangnya, duduk kat bilik tak keluar-keluar.....ha sahlah CIKGU PSS...
COOL AJE.....TAK PERNAH MARAH PUN....agaknya CIKGU KAUNSELING...
BERLARI SANA SINI....CIKGU PRA ...
yang KADANG-KADANG TEPUK MEJA...KADANG BERSIUL-SIUL.....CIKGU MUZIK le tuuu..
....cakapnya BERCAMPUR-CAMPUR...depa kata CIKGU BI....
...yang tak cakap sepatah pun.......AGAKNYA CIKGU TENSION SEBAB GAJI TAK DAPAT LAGI....... siapa...le agaknya...he..he....zas

SELAMAT HARI CIKGU...BUAT INSAN PENDIDIK.


SELAMAT HARI GURU..."GURU PEMBINA NEGARA BANGSA"......
Sehari dua nii....di mana-mana sekolah pun sibuk dengan perancangan Majlis Sambutan Hari Guru... dunia pendidik rasanya begini kot.....

Yang rancang sambutan, CIKGU...
Yang sambut, CIKGU,
Yang cari bajet (sumbangan), CIKGU,
Yang beli hadiah, CIKGU, (syok sendiri kot)...
Yang suruh pelajar beli hadiah, CIKGU
Yang dapat hadiah pun CIKGU,tukar-tukar hadiah sesama CIKGU...he..he. kesian kan..
Yang buat jamuan, CIKGU...Yang makan masa jamuan CIKGU,
Itupun guna duit sendiri atau diatur oleh Badan Kebajikan Guru.

Itulah erti SAMBUTAN HARI GURU...buat mereka yang bergelar CIKGU.....apa pun terima kasih CIKGU kerana mengenalkan saya , tulis & baca......apa komen anda ? zas