SELAMAT DATANG KE BLOG CETUSAN RASA ZECK AS

BAJET KAKITANGAN AWAM 2010

BAJET KAKITANGAN AWAM 2010

DADDY.......SEX tuuu...Apee ...........

on Ahad, Februari 15, 2009

Di kirim email oleh kawan baik teman `am ad`....Thank u.
Adalah hari tu..Sang anak yang baru masuk sekolah primary bertanya kepada Daddynya..
"Daddy..! Daddy..! SEX tuu apa ?"
Terkulat-kulat, Si ayah..Terfikir dia akan arus kemodenan, zaman sekarang yang membuatkan manusia berfikiran terbuka. Apatah lagi anak-anak yang masih kecil nii..

Sesuai dengan Pendidikan Seks yang sedang hangat dibincangkan, mulalah Si ayah mencari-cari jawapan. Harapan anaknya tidak akan tertinggal dalam arus pendidikan moden.Tergaru-garu Si ayah memikirkan jawapan, takut-takut nanti lain cerita jadinya.

Maka Si ayah memberikan jawapan secara mengkiaskan kumbang dan bunga. Disusuli pula, telur yang menetas berubah menjadi berudu seterusnya menjadi katak. Hujan serta benih yang mencetuskan tunas...diikuti dengan pembentukan bayi dalam kandungan.

Fuuhh! bukan senang nak mengatur ayat dan kata, maklumlah nak bagi mudah Si anak faham.
Sebelum mengakhiri jawapannya itu, Si ayah pula menyelitkan kisah percintaan antara dia dan mamanya sejak dari zaman sekolah menengah lagi hinggalah kelahiran seorang bayi comel iaitu Si anak.(Anak yang bertanya tadi)

TIBA-TIBA...Si anak menangis teresak-esak. Si ayah kehairanan. "Eh, kenapa nii....sayang" Si ayah bertanya kehairanan.Si anak masih juga menangis. Dalam teresak-esak tu, Si anak bersuara, "Jawapan Daddy tu, panjang sangat, tapi tempat nak tulis jawapan nii pendek.
Daddy aje yang tulis......waaaaaaaaa !!!!!!"
Kata Si anak lalu menyerahkan buku latihan Bahasa Inggerisnya yang pada muka depan tertulis.........

Name : ..............................................................
Class : ..............................................................
School : ..............................................................
Sex : ..............................................................

Ha...ha....ha......kelakarkan ................Lu fikirlah sendiri zas