SELAMAT DATANG KE BLOG CETUSAN RASA ZECK AS

BAJET KAKITANGAN AWAM 2010

BAJET KAKITANGAN AWAM 2010

APA ORANG LAIN KATA TENTANG KEJAYAAN....

on Rabu, Mei 07, 2008

RENUNGI KATA-KATA PENINJU MUHAMMAD ALI : "Saya benci setiap minit latihan,tetapi aku beritahu diri sendiri. JANGAN BERPUTUS ASA. Biar seksa sekarang ...Kelak kamu akan hidup sebagai JUARA sepanjang hayatmu.
BINTANG FILEM SYLVESTER STALLONE
"Saya bukanlah seorang pelakon yang berbakat, malah ramai pelakon yang lebih berbakat dan berjaya dari saya. Namun, saya BERJAYA menjadi pelakon yang terkenal dan hebat sehingga kini kerana saya ...BERUSAHA...BERUSAHA dan terus BERUSAHA.

TIPS KEHIDUPAN oleh: Dato`Hj Dr Fadzilah Hamsah


RENUNGAN SEJENAK....sempena hari ibu..

on Ahad, Mei 04, 2008

KASIH SAYANG KHAS BUAT ANAK
Mengikat erat hubungan ibu bapa dan anak. Maka berikanlah anak anda kasih sayang yang diperlukannya.
  • Beri anak anda BIMBINGAN - Ia penting untuk pertumbuhan MENTAL.
  • Beri dia MASA anda - Masa BERSAMA akan lebih bermakna dari yang dijangka.
  • Beri dia PELUANG - Mempelajari dan mengalami.Ia MEMPERKAYAKAN pemikiran.
  • Beri GALAKKAN - Bekerja & bermain.JANGAN hadkan percubaan, MENEROKA,MENCIPTA,MENCIPLAK,MEMBINA REKA FIKIRAN kerana Ia mengajar erti KEDEWASAAN.
  • Beri dia TANGGUNGJAWAB-Bermula kerja-kerja mudah.Ini LATIHAN keyakinan yang berguna.
  • Beri dia HAK mempunyai WATAK BERBEZA -Dia UNIK jangan BANDINGKAN dia dengan adik beradiknya kerana ia mendidik rasa diperlukan.
  • Beri dia PUJIAN - Setiap saat dan masa, walaupun kandas. Ia belajar ERTI KEHIDUPAN.
  • Beri dia KEYAKINAN Sentiasa.- JANGAN menjauhi diri daripadanya atau MENGUGUT menarik balik kasih sayang anda atau kasih tumpah ke insan lain. KECIL HATInya.
  • Beri SEGALA yang diperlukan - Tanpa mengharapkan balasan.Asuh rasa HORMAT, TAAT TUHAN, IBU, BAPA DAN KELUARGA.
    Moga ANAK-ANAK KITA SEMUA dilindungi dari DAKI DUNIA. AMIN ZAS

RENUNGAN


SEKITAR MAJLIS PELANCARAN SKTT CERGAS 2008

on Sabtu, Mei 03, 2008

Guru Besar, Tn Hj Hamzah B. Hj Hassan turut serta memeriahkan acara senaman.
Aktiviti senaman anjuran BKGK SKTT bertujuan mengeratkan hubungan siraturahim antara guru-guru.

Sekitar Anugerah Skim Baucer Tuisyen SKTT di Laman Sate Kajang


Kaunselor SKTT En Zakaria & En Mokhtar mengendalikan program SBT


Antara murid-murid yang menerima Skim Bantuan Baucer Tuisyen 2007. Yang diraikan di Bangunan Sate Kajang, Kajang. Di bawah tanggungjawab UBK SKTT.

SKTT N/Johan Bola Baling Daerah Hulu Langat

Kejohanan Bola Baling Daerah telah diadakan di SK Bandar Teknologi, Kajang . SKTT telah menjadi naib Johan Daerah setelah dikalahkan oleh SK Taming Jaya. Walau bagaimanapun melangkah ke akhir ini merupakan satu bonus bagi pasukan SKTT . SKTT Boleh !!.

on Jumaat, Mei 02, 2008


CERAMAH MOTIVASI "MEMBINA KEYAKINAN DIRI" TAHUN 6

on Khamis, Mei 01, 2008

Kaunselor SKTT En Zakaria dan En Mokhtar memberikan ceramah berkaitan dengan "Membina Keyakinan Diri" khusus untuk murid-murid tahun 6 yang akan menghadapi peperiksaan UPSR 2008.


Peserta begitu bersemangat untuk membina keyakinan diri melalui bimbingan yang diberikan oleh kaunselor.

BANTUAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KEPADA MURID MISKIN

Bantauan KPM ini telah disempurnakan oleh YB Ismail Kijo, mantan Adun Lembah Jaya pada 29 Februari yang lalu.
Penyerahan sijil bantuan KPM kepada murid-murid miskin seramai 87 orang. UBK SKTT selaku Penyelaras Program telah berjaya mengendalikan majlis tersebut dengan sempurna.