SELAMAT DATANG KE BLOG CETUSAN RASA ZECK AS

BAJET KAKITANGAN AWAM 2010

BAJET KAKITANGAN AWAM 2010

PROGRAM KECEMERLANGAN UPSR Anjuran Unit Bimbingan & Kaunseling SMKRP

on Jumaat, Julai 30, 2010

Antara Program Kecemerlangan UPSR yang mampu membantu anak murid ku di SMKRP. Guru-guru pakar yang didatangkan khas dari sebelah utara yang hebat-hebat ilmu mereka.
Rasanya tak rugi Kaunselor menjemput mereka untuk mengisi slot ceramah teknik menjawab subjek UPSR.

Bagi aku selaku Penolong Kanan Rendah amat berpuas hati dengan program ini. Tahniah kepada Unit Bimbingan & Kaunseling, Pn Saadah.

Penyampaian cenderahati disampaikan oleh En Mohd Aidil Rosman (Guru BI)






p/s : Teringat pesanan Pakar Motivasi, kata mereka
"Mereka yang gagal merancang, sebenarnya mereka merancang untuk gagal"
Percayalah perancangan yang rapi serta usaha yang berterusan pasti akan membuahkan hasil.
Yang lainnya.....berserah kepada Allah Yang Maha Berkuasa..kan..kan..-zas

on Jumaat, Julai 16, 2010



TAHNIAH BUAT SAHABAT KU YANG BERJAYA PEROLEH APC
dari PKR SMK Redang Panjang..

Staf Akademik:

1. En. Shariffuddin Bin Ahmad
2. En. Syamsul B. Zainal Abidin

Staf Bukan Akademik:
1. Deviga Rajalingam

SEMOGA MEREKA BERJAYA.....anak didik ku yang baru...zas

Tanggungjawab yang digalas, dipikul dan digendong....Meminta ku memenuhi impian Pengetua...."Tahniah Cikgu Zeck...........Penolong Kanan Rendah....selamat berkhidmat......." "Cikgu Zeck.... Kami berharap sangat tahun ini punyai 2 orang calon yang mendapat 5A dan peratus lulus boleh capai 68.8% (15/22)......"

Sekolah baru yang mempunyai bilangan murid yang sedikit........tapi hasrat mereka besar....
Sekolah baru yang mempunyai bilangan calon UPSR hanya 22 orang.....tapi menanam impian seakan 200 orang......
Sekolah baru yang mempunyai hampir kesemua pelajar yang miskin, daif, disekitar Larut Matang dan Selama...... tetapi mereka `tidak miskin` untuk belajar......mereka `tidak daif` untuk membina ilmu......



Teruja melihat raut muka anak bangsa yang punya keinginan untuk belajar............Selamat menduduki Peperiksaan Percubaan UPSR Selaras Negeri Perak.Mulai 13 hingga 15 Julai 2010. Cikgu doakan kalian berjaya peroleh keputusan yang membanggakan sekolah dan ibu bapa...serta PKRnya.

TERIMA KASIH.....KAWAN

Terima kasih `kawan` kerana membina semangat ku......... Dalam tempoh seminggu menjadi `GB SR` di sebuah sekolah menengah di Redang Panjang sungguh meujakan....

Thank my friend.....
Blogger GPI SKSV berkata...

Tahniah Cikgu PKR Zakaria A.S.

di mana jua kita mengajar..ianya tetap milikNYA...

di Seberang perak? di bukit merah? di lembah beringin? di balik pulau? di hulu bernam? di Bandar 2020?

buat masa ini rezeki anda di Redang Panjang...

bersyukurlahhhh...

2010 Julai 10 10: p/s: sentiasa berdoa........tanda syukurnya pemberian Illahi....zas

RENTETAN RASA SEBELUM KE SMK REDANG PANJANG.

on Khamis, Julai 08, 2010

  • 26 Jun 2010 (Jumaat) yang lalu- Sekolah menerima panggilan telefon daripada salah seorang pegawai PPD Batang Padang. Meminta aku ke PPD Batang Padang dengan kadar segera.Aku bergegas ke pejabat.....Berderau dibuatnya. Dalam perjalanan ke pejabat dengan longlainya sempat fikiranku merewang. Apakah kesilapan yang dah aku lakukan? Laporan LADAP rasanya baru aje hantar, PLBS dah beres. Minit Mesyuarat PIBG kot.....SAH!!..Lupa nak sumit kat PPD...Dah sah dah kena hentam dengan PPD ni.
  • Sesampai di pejabat. GB dan rakan2 pejabat mengucapkan tahniah. Terpingga2 sebentar. Entah apa yang diperkatakan oleh mereka...Masih samar-samar buat aku.
  • GB pesan lepas kelas ni pergi ke PPD dan solat Jumaat kat sana. Kamu tu dapat tawaran kenaikkan pangkat.......
  • Lega....barulah keluh-kesah reda buat seketika. Sekitar jam 12.30 tengah hari, aku beredar dari sekolah ke PPD Tapah. Perjalanan ke sana 1 jam.
  • Tempat yang pertama ditujui ialah Masjid Tapah. Solat Jumaat, berdoa moga dirahmati dan terima kasih atas ketentuan-Nya. Thank Allah.
  • Tepat jam 2.30 petang, aku akhirnya menjejak kaki ke PPD Batang Padang dan bertemu dengan Pn Eng.(Penyelia SJK). Di sanalah diberikan surat tawaran kepada ku berserta 2 rakan yang lain.
  • Gembira dan terkejut kerana ditawarkan ke sekolah yang tak terlintas akan ke sana. Daerah Larut Matang Selama. Batu Kurau. Ahh!! Jauhnya. Dalam fikiran terbayang anak-anak yang akan ditinggalkan, emaknya yang akan disepikan.....Urusan rumahtangga yang tak menang tangan diuruskan.......Ahhhhhh!!! Pening..........`.Heng`sekejap aku.


  • 5 Julai 2010 (Isnin)-Aku lapor diri di SMK Redang Panjang. Doa kekawan, emak kat kg, isteri dan anak-anak membawa aku nun jauh di Batu Kurau, Selama.Inilah teratak bertugas ku yang baru. Selamat Bertugas Cikgu Zeck......sepi, rindu, nostalgia, runtum.....namun ku tahan jua.....-zas