SELAMAT DATANG KE BLOG CETUSAN RASA ZECK AS

BAJET KAKITANGAN AWAM 2010

BAJET KAKITANGAN AWAM 2010
on Selasa, Julai 29, 2008

APA ORANG KATA ..
FAKTA TENTANG PENYAKIT JANTUNG DAN AIR SUAM..

Jika anda GEMAR minum AIR SEJUK....Fakta ini mungkin mencuit hati anda. Memang amat nikmat jika dapat meneguk segelas air sejuk. Apatah lagi, jika airnya manis, enak, berwarna dan 'cool' pula apabila disisip dengan beberapa ketul ais. Hendaknya bersama hidangan tengah hari.

Walaubagaimana pun, air sejuk akan MELIKATKAN MINYAK yang kita makan bersama hidangan. Air sejuk melambatkan lagi PROSES PENCERNAAN. Sekali gumpalan minyak yang kita makan, ini bertindak balas dengan asid di dalam perut, ia akan memecah dan diserap oleh enzim intsetine lebih cepat berbanding makan pejal. Dalam masa terdekat, ia berpotensi bertukar menjadi LEMAK dan berpotensi menjadi KANSER.Untuk mengelakkan lemak berlebihan ini terkumpul kita digalakkan untuk minum sup panas atau AIR SUAM selepas makan. Aaa..kan AIR SUAM MEMBANTU MENGHINDAR TERKENA SERANGAN JANTUNG.

PETANDA LAZIM SERANGAN JANTUNG

AMARAN BERKENAAN SERANGAN JANTUNG: Jika anda terasa PEDIH pada sebelah KIRI DADA. Awasi jika terasa sakit yang MENYESAKKAN pada dada kiri. Mungkin anda belum pernah merasa sakit dada semasa terkena serangan jantung. MUNTAH-MUNTAH dan BERPELUH BERLEBIHAN antara tanda-tanda lazim. 60% pesakit yang terkena serangan jantung adalah KETIKA TIDUR. Dan tidak boleh bangun dari tidur. Sakit pada dada boleh menyebabkan tidak sedarkan diri. Berhati-hati dan berjaga-jagalah sentiasa. Lebih banyak yang anda ketahui berkenaan jantung, MAKA LEBIH PELUANG ANDA SELAMAT.

on Isnin, Jun 16, 2008

Sajak Hari Bapa

Tiap saat aku menghitung kerinduan terhadapmu…abah
hinggalah sekarang baru aku tersedar
ia telahpun melimpah ruah….

kerana abah aku di sini
kerana abah aku sentiasa gembira...
kerana abah kuterasa bahagia…
abah oh abah...

Abah…
semenjak kecil aku dibesarkan bagai menatang minyak yang penuh
semenjak kecil aku dimanjakan dengan belaian gurauanmu yang indah
semenjak kecil aku diasuh dan dididik oleh keringatmu
abah…
ketika aku mengalah…
engkau membina semangatku
ketika aku sakit…
engkau menjadi penawarku
ketika aku bersedih…
kau mengesat air mataku
ketika aku ketawa
engkau tersenyum riang bersama ku
dan ketika engkau berduka?
aku harap akulah penawar duka laramu
selamat hari bapa kepada abah insan yang AMAT KU CINTA.......................zas

APA ORANG LAIN KATA TENTANG PEREMPUAN...

on Ahad, Jun 15, 2008

KATA ORANG TENTANG.....
PEREMPUAN LAWA & PEREMPUAN TAK LAWA...

Kalau perempuan lawa pendiam
Lelaki akan cakap:: woow, ciri-ciri isteri idaman…
Kalau perempuan tak lawa pendiam
Lelaki akan cakap: eh tak reti komunikasi betul…

Kalau perempuan lawa berbuat jahat
Lelaki akan kata: mesti ada krisis dalaman nih...kesian kan..
Kalau perempuan tak lawa berbuat jahat
Lelaki akan cakap: dah la tak lawa, perangai pulak hodoh…yee menyampah..

Kalau perempuan lawa menolong Lelaki yg diganggu
Lelaki akan cakap: heroin sejati…!
Kalau perempuan tak lawa menolong Lelaki yang diganggu
Lelaki akan kata: taktik nak ngorat le tu…awwwuu..

Kalau perempuan lawa dapat Lelaki hensem
Lelaki akan kata: ok gak la….
Kalau perempuan tak lawa dapat Lelaki hensem
Lelaki akan kata: kesian..mesti kena bomoh lelaki tuh!

Kalau perempuan lawa ditinggal kekasih
Lelaki akan kata: buta kayu betul Si Mamat tu….
Kalau perempuan tak lawa ditinggal kekasih
Lelaki akan kata:…patut pun kena reject…he..he

Kalau perempuan lawa bawa BMW
Lelaki akan cakap: ntah dato’ mana bela dia nih….
Kalau perempuan tak lawa bawa BMW
Lelaki akan cakap: mesti anak org kaya nih…..

Kalau perempuan lawa tak mau bergambar
Lelaki akan cakap: pasti takut kalau2 gambarnya tersebar
Kalau perempuan tak lawa tak mau bergambar
Lelaki akan kata: sedar pun diri…

Kalau perempuan lawa menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan cakap: caring sungguh….nii dengki aku....
Kalau perempuan tak lawa menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan cakap: nak tunjuk caring le tu….

Kalau perempuan lawa bersedih hati
Lelaki akan cakap: dont worryi will make u happy forever
Kalau perempuan tak lawa bersedih hati
Lelaki akan kata: sikit2 nak nangis!! mengada2…

Kalau perempuan lawa masak
Lelaki akan kata: dah la lawa, pandai masak pulak tu…
Kalau perempuan tak lawa masak
Lelaki akan cakap: ntah sedap ke tak???? tengok macam kurang garam jeee....

Kalau perempuan lawa main2 miss call
Lelaki akan kata: takpe…
Kalau perempuan tak lawa main2 miss call
Lelaki akan cakap: ko ni takde keja lain ke… sibuk ni tau..

.PATUT KE MACAM TU......LU PIKIR LAH SENDIRI.........zas

on Rabu, Jun 11, 2008

Antara tips untuk dapat anak bijak/genius, ajar anak
(baby) tidur mengiring ke kanan ~ sebab jantung (yg terletak sblh kiri)akan
lebih "lapang"/"lega" dan mudah berdegup (perjalanan darah okay) and otak anak akan
develop excellently.

Bagi anak2 yang dah azalinya active or hyper-active, kurang (or jangan)
pakaikan baju warna orange
sebab warna ini boleh merangsang secara actifnya tindak tanduk anak




TIPS KEHIDUPAN....Buat Lu Orang...Pengunjung BlogLamanMindaSKTT

These are tips for all as given by Datuk Dr. Fadzilah Kamsah

SEBELUM TIDUR -Orang kata...bukan saya kata, Amalkan; maafkan semua orang tak kira siapa. Insya-Allah, Allah lipat gandakan rezeki kita...Kan rezeki tuu Allah kurniakan...
...... SEBELUM TIDUR -BERDOALAH :Depends on, apa yg kita hendak sepanjang tidur, otak akan generatekan all of our wish & Insya-Allah, kita akan work towards it (ada semangat) dikeesokan harinya...Ha..apa macam.....

MAKAN BUAH - Sebelum breakfast, lunch & dinner, ikut Sunnah & dapat pahala & also boleh rujuk kepada pakar pemakanan, vitamin C dari buah-buahan yang dimakan selepas breakfast, lunch & dinner yang akan diperolehi adalah approaching 0%.

JANGAN LE BUAT YANG INI- Minum air semasa sedang makan (breakfast,lunch & dinner).Minum air selepas 15-30 minit selesai makan.Untuk minum, bagi teguk
yang pertama sahaja, biarkan air dalam mulut about 10s then baru telan.
Teguk kedua & seterusnya boleh minum terus sebab air liur ada enzyme yg boleh membunuh kuman dalam pankreas, perut, & so on yg akan dibawa oleh air tegukan pertama.

SEELOK-ELOKNYA - Makan malam sebelum Maghrib ikut sunnah (Rasullullah makan sebelum maghrib kecuali bulan Ramadhan saja ia masa maghrib), sebab, bagi yang tegah study (or anak2), otak akan berfungsi excellently.....
(senang absorb ilmu) around 2 hrs selepas makan so, if makan at 8:30pm,around 10:30pm baru start study and most probably hanya boleh bertahan hingga jam 12 tegah malam saja, jadi, tak banyak yang boleh dipelajari berbanding kalau makan pukul 6:30 (org Cina take dinner around this hour). Juga, kita tak tidur dalamkekenyangan (yg mana boleh menghindar dari membuat sembahyang malam)....Ok tak Tips ni......Kita jumpa lagi......BYE..zas

APA ORANG LAIN KATA TENTANG KEJAYAAN....

on Rabu, Mei 07, 2008

RENUNGI KATA-KATA PENINJU MUHAMMAD ALI : "Saya benci setiap minit latihan,tetapi aku beritahu diri sendiri. JANGAN BERPUTUS ASA. Biar seksa sekarang ...Kelak kamu akan hidup sebagai JUARA sepanjang hayatmu.
BINTANG FILEM SYLVESTER STALLONE
"Saya bukanlah seorang pelakon yang berbakat, malah ramai pelakon yang lebih berbakat dan berjaya dari saya. Namun, saya BERJAYA menjadi pelakon yang terkenal dan hebat sehingga kini kerana saya ...BERUSAHA...BERUSAHA dan terus BERUSAHA.

TIPS KEHIDUPAN oleh: Dato`Hj Dr Fadzilah Hamsah


RENUNGAN SEJENAK....sempena hari ibu..

on Ahad, Mei 04, 2008

KASIH SAYANG KHAS BUAT ANAK
Mengikat erat hubungan ibu bapa dan anak. Maka berikanlah anak anda kasih sayang yang diperlukannya.
  • Beri anak anda BIMBINGAN - Ia penting untuk pertumbuhan MENTAL.
  • Beri dia MASA anda - Masa BERSAMA akan lebih bermakna dari yang dijangka.
  • Beri dia PELUANG - Mempelajari dan mengalami.Ia MEMPERKAYAKAN pemikiran.
  • Beri GALAKKAN - Bekerja & bermain.JANGAN hadkan percubaan, MENEROKA,MENCIPTA,MENCIPLAK,MEMBINA REKA FIKIRAN kerana Ia mengajar erti KEDEWASAAN.
  • Beri dia TANGGUNGJAWAB-Bermula kerja-kerja mudah.Ini LATIHAN keyakinan yang berguna.
  • Beri dia HAK mempunyai WATAK BERBEZA -Dia UNIK jangan BANDINGKAN dia dengan adik beradiknya kerana ia mendidik rasa diperlukan.
  • Beri dia PUJIAN - Setiap saat dan masa, walaupun kandas. Ia belajar ERTI KEHIDUPAN.
  • Beri dia KEYAKINAN Sentiasa.- JANGAN menjauhi diri daripadanya atau MENGUGUT menarik balik kasih sayang anda atau kasih tumpah ke insan lain. KECIL HATInya.
  • Beri SEGALA yang diperlukan - Tanpa mengharapkan balasan.Asuh rasa HORMAT, TAAT TUHAN, IBU, BAPA DAN KELUARGA.
    Moga ANAK-ANAK KITA SEMUA dilindungi dari DAKI DUNIA. AMIN ZAS

RENUNGAN


SEKITAR MAJLIS PELANCARAN SKTT CERGAS 2008

on Sabtu, Mei 03, 2008

Guru Besar, Tn Hj Hamzah B. Hj Hassan turut serta memeriahkan acara senaman.
Aktiviti senaman anjuran BKGK SKTT bertujuan mengeratkan hubungan siraturahim antara guru-guru.

Sekitar Anugerah Skim Baucer Tuisyen SKTT di Laman Sate Kajang


Kaunselor SKTT En Zakaria & En Mokhtar mengendalikan program SBT


Antara murid-murid yang menerima Skim Bantuan Baucer Tuisyen 2007. Yang diraikan di Bangunan Sate Kajang, Kajang. Di bawah tanggungjawab UBK SKTT.

SKTT N/Johan Bola Baling Daerah Hulu Langat

Kejohanan Bola Baling Daerah telah diadakan di SK Bandar Teknologi, Kajang . SKTT telah menjadi naib Johan Daerah setelah dikalahkan oleh SK Taming Jaya. Walau bagaimanapun melangkah ke akhir ini merupakan satu bonus bagi pasukan SKTT . SKTT Boleh !!.

on Jumaat, Mei 02, 2008


CERAMAH MOTIVASI "MEMBINA KEYAKINAN DIRI" TAHUN 6

on Khamis, Mei 01, 2008

Kaunselor SKTT En Zakaria dan En Mokhtar memberikan ceramah berkaitan dengan "Membina Keyakinan Diri" khusus untuk murid-murid tahun 6 yang akan menghadapi peperiksaan UPSR 2008.


Peserta begitu bersemangat untuk membina keyakinan diri melalui bimbingan yang diberikan oleh kaunselor.

BANTUAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KEPADA MURID MISKIN

Bantauan KPM ini telah disempurnakan oleh YB Ismail Kijo, mantan Adun Lembah Jaya pada 29 Februari yang lalu.
Penyerahan sijil bantuan KPM kepada murid-murid miskin seramai 87 orang. UBK SKTT selaku Penyelaras Program telah berjaya mengendalikan majlis tersebut dengan sempurna.

Program Jalinan Mesra Tahun 6 2008

on Sabtu, April 26, 2008

Antara ibu bapa yang hadir mendengar taklimat daripada Guru-guru Tahun 6 tentang aktiviti tahun 6 sepanjang 2008.

Penceramah Jemputan saudara Noor Hisham Hamzah, Kaunselor SK Bangi.