SELAMAT DATANG KE BLOG CETUSAN RASA ZECK AS

BAJET KAKITANGAN AWAM 2010

BAJET KAKITANGAN AWAM 2010

CUTI YANG BERBALOI....

on Isnin, Disember 28, 2009































Pada 26 Dis 2009, kami sekeluarga dijemput ke Kenduri GPK Petang; sekolah lama teman mengajar....Kahwin anaknya....
Terima kasih Kak Rasiah kerana sudi menjemput teman sekeluarga ke kenduri anaknya di Pandan Indah....Nak penutup tahun dah (bulan Disember)....Cuti pun dah penghujung dah.....

Tapi ia berbaloi........berbaloi-baloi sungguh....kerna dapat bertemu kekawan yang dah lama dirindui......termasuklah mantan GB SKTT, Tn Hj Hamzah bin Hj Hassan.....

PERTEMUAN DENGAN BEKAS MURID 6 ORKID tahun 2000

on Ahad, Disember 27, 2009

KENANGAN MANIS.......

Pernah dulu teman siarkan ...
X student tahun 2000, kelas 6 Orkid, Di SK Jalan Pasar 2 kembalikan nostalgia saat teman mengajor depa.....


Sebenornya gambar itu pun teman dah tak ade dalam simpanan teman.....Tup-tup ia timbul kembali....Nostalgia yang mengusik jiwa.....Saat anak murid berhubung kembali melalui laman Face Book......


Entahlah......... Semacam ditakdirkan; Ia berlaku begitu pantas......Teman diminta bertemu sebahagian daripada
mereka.....Saat tu, terpikir sejenak teman.....Bagaimanakah perasaan mereka apabila sidang pertemuan itu nanti ??..
Teman di sekolah..time ngajor depa....aga
k garang jugak......hi..hi....marah-marah sayang katakan......

Saat dinanti telah pun tiba....Pada tanggal 24 Dis 2009 , jam lebih kurang pukul 4.00 petang, teman diketemukan dengan bekas anak murid, kelas 6 Orkid; sesi tahun 2000. Di Ampang Point.....KFC......


Rupanya.........saat itu terukir indah.........



p/s : Terima kasih buat X student yang sudi bertemu dengan cikgu.....
Faiz Rahim, Aizuddin, Hazrin, Khairulnisa....Thank a lot..see U next reunion.........
Korang memang best.......zas.

FACEBOOK punya cerita...

on Sabtu, Disember 26, 2009

.....Cerita pasal FB, teman terbaca petikan akhbar yang terdapat dalam FB anak murid teman nii...petikan yang menceritakan .."Kebimbangan guru-guru dan ibu bapa bahawa remaja kerap berFB, keputusan peperiksaan mereka bertambah teruk......(satu kajian di AS)


Di negara kita lain pula ceritanya......

Guna facebook selesai jenayah (...petikan akhbar METRO)

PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) dicadangkan supaya menggunakan khidmat laman web sosial facebook sebagai alternatif dalam usaha menyelesaikan kes jenayah.

Ketua Makmal Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi mengurangkan jenayah, Abdul Aziz Md Noor berkata berikutan laman web berkenaan kini diguna secara meluas sebagai medium perantara masyarakat, ia dapat membantu pihak berkuasa keselamatan itu memerangi jenayah.



p/s : Bagi teman yang penting ialah `niat kita` untuk ape....ye tak ?? Sama ada untuk berkongsi maklumat ke....berkenalan ke....cari jodoh ke....eratkan hubungan yang terputus sekian lama ke.....atau mungkin bertemu X student macam teman niii.....seronok jugak.....hi..hi....Fikir le sendiri - zas.

BERITA TERKINI...Buat ibu bapa.....Dari KPM

on Khamis, Disember 24, 2009

Kadar bayaran tambahan sesi persekolahan 2010 diseragam


KUALA LUMPUR: Bayaran untuk sesi persekolahan baru yang akan bermula pada 3 dan 4 Januari depan ditetapkan RM24.50 bagi setiap murid sekolah rendah dan RM33.50 murid sekolah menengah di seluruh negara.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, berkata kadar bayaran tambahan itu diseragamkan untuk semua pelajar sekolah rendah dan menengah mulai tahun depan.

Pecahan bayaran bagi sekolah rendah ialah RM3 untuk kokurikulum, kertas ujian dalaman (RM6), sukan tahunan sekolah (RM6), kegiatan Pendidikan Islam untuk murid beragama Islam atau Pendidikan Moral untuk bukan beragama Islam (RM6), Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (RM2) dan Insurans Takaful (RM1.50).

Bagi sekolah menengah pula, bayaran kokurikulum RM6, kertas ujian dalaman (RM10), sukan tahunan sekolah (RM6), kegiatan Pendidikan Islam atau Pendidikan Moral (RM6), MSSM (RM4) dan Insurans Takaful (RM1.50).

Derma PIBG pula :
“Apabila kadarnya dipersetujui bersama pihak sekolah dan PIBG, ia perlu dimaklumkan kepada Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing,” katanya.

Bagaimanapun, pihak sekolah hanya dibenarkan mengutip sumbangan PIBG berdasarkan satu keluarga satu bayaran tanpa mengambil kira bilangan anak di sekolah yang sama.

p/s : Harapan ianya akan memberikan impak yang baik kepada ibu bapa, kepada sekolah dan kepada PIBG sendiri.
Zeck a.s - Sekadar maklumat untuk pengunjung blog.....

TAHNIAH DARIPADA CIKGU ZECK........

....Mereka antara insan yang bertuah....Mereka dah buktikan bahawa setiap jerih payah, ada hikmahnya....Setiap kesungguhan yang diterbitkan dengan keringat keikhlasan, ada ganjarannya....Cikgu Zeck ucapkan tahniah, rupanya berbaloi-baloi jika kita tekun berusaha......

p/s : Kepada guru-guru SK Slim Village... Tidak terukur jumlah tinta yang anda lakarkan di papan putih untuk anak murid mu....Tidak terjumlah kata-kata yang anda hemburkan pada anak muridmu, hanya untuk berikan mereka sebidang ilmu.....Nah !! Berbaloi jumlah tinta yang kalian lakarkan......Nah !!! Berbaloi-baloi kata-kata yang kalian luahkan untuk menyedarkan anak murid mu dan memberikan mereka ilmu..........Anak murid mu.....Sudah Berjaya !! Tahniah kalian sukses....zas

* Fotocopy Ustaz Sharifuddin GPI......dengan izin.



Sejarah tercipta VIENTIANE – Malaysia mencatat sejarah menjuarai acara bola sepak Sukan SEA XXV selepas 20 tahun apabila mengalahkan Vietnam 1-0

on Jumaat, Disember 18, 2009


SYABAS MALAYSIA JUARA....SKUAD negara mengakhiri kemarau 20 tahun pingat emas dengan penuh bergaya selepas membenam keegoan Vietnam menerusi kemenangan tipis 1-0 pada perlawanan akhir acara bola sepak lelaki Sukan SEA.

p/s : Bagi teman setiap jerih payah, kesungguhan tanpa kenal putus asa, buat sehabis baik, bekerja dalam satu pasukan......merupakan tips yang paling sinonim dengan KEJAYAAN.......Malaysia dah buktikan....!!!!!????

LUAHAN RASA BUAT SAHABAT KU MOKHTAR ISMAIL.....zas

on Rabu, Disember 02, 2009



MEMORI RASA , Masih ingat TAK .......

Dulu....Ingat tak ? Waktu tu, saha
bat ku dijemput ke SKJP 2 untuk memberikan ceramah.....menarik ceramah tu.....Menangis anak murid ku apabila mendengar ceramah mu......insaf mereka...

Saat itu teman kagum dengan kebolehan mu, Tar. Satu hari nanti aku mungin boleh jadi seperti dia.....Tup ! Tup ! Impian ku menjadi kenyataan. Aku di SKTT. Hampi 4 tahun kita bersama.... di SKTT. Jerih payah kita lalui bersama...kan. Masih ingat tak lagi......

Membanting keringat bersama.......Memerah minda bersama........Bersusahpayah bersama........Demi anak murid kita, bangsa kita dan sekolah kita......
Saat manis yang tidak akan berulang kembali........Jam tidak akan terputar kebelakang. Bumi tidak akan berputar songsang. Saat yang tiada galang gantinya `sahabat ku` ini walaupun dengan apa jua sekali pun......

Masih ingat tak .....Sewaktu kita sama-sama membina empayar UBK di SKTT. Banyak program yang kita laksanakan bersama-sama. Hingga 3 tahun berturut2 peningkatan prestasi sekolah. Sedikit sebanyak kita membantu keupayaan sekolah meraih kecemerlangan.

Masih ingat tak,Warnoh.....Program Motivasi Tahun 6 yang kita garap bersama-sama. Kem Ibadah tahun 5, Awal Remaja, Motivasi, Study Group....Semua membuka nostalgia buat kita. Lebih-lebih lagi saat kita bersama-sama menjadi `runner`untuk BKGK. Wak Basir.............anak Wak Basir yang menjadi rebutan kita ...hi..hi...(kenangan) dan saat kita mengatur program Hari Keluarga, di Pengkalan Balak.....Jamuan di KDE...Jamuan di Menara Tinjau....Pidato.....sate Kajang.....Huh ! Indah saat tuu...Kenapa ia tidak boleh berputar semula......

Jauh disudut hati walaupun jauh di mata tetapi sebenarnya dikau tetap di hati. Saya dan keluarga doakan moga sahabat ku ini..sentiasa sukses di tempat sendiri.....Walaupun kita semakin jauh tetapi ingatlah saya di sini.....Sentiasa menanti khabar dari mu..........


Nostalgia yang sentiasa mengusik jiwa.........buat sahabat ku MOKHTAR ISMAIL......Selamat dan bahagialah apabila berada di tempat sendiri di Kelantan.......