SELAMAT DATANG KE BLOG CETUSAN RASA ZECK AS

BAJET KAKITANGAN AWAM 2010

BAJET KAKITANGAN AWAM 2010

TERKEJUT....rupanya ada yang masih ingat.......KENANGAN MENGUSIK JIWA......tahun 2000 SK Jalan Pasar 2 ( 6 Orkid)

on Isnin, November 30, 2009

Kenangan waktu teman di SK Jalan Pasar 2, Kuala Lumpur. Terimbau kembali.....Anak murid send mesej, melalui Facebook....Kelas 6 Orkid tahun 2000. Terkejut dibuatnya. Kalian buat cikgu rasa dihargai....Terima kasih......Buat : Aizuddin Fauzi, Lisa Suwardi, Rahida Rashid, Adam, Faiz Rahim, Hazrin Hakimi, Hazirah Zainal Abidin, Ree Harun.....dan sesiapa saja yang masih mengenali cikgu.....
p/s : buat Ustaz Sharifuddin yang memperkenalkan teman dengan FB..

on Isnin, November 02, 2009

Guru ijazah mengajar di prasekolah pada masa depan: Muhyiddin

KUALA LUMPUR: Guru lulusan ijazah akan diambil bagi menjadi pendidik di peringkat prasekolah di masa depan bagi meningkatkan kualiti pembelajarannya selaras dengan Dasar Pendidikan Negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata langkah menyediakan guru terlatih ini boleh mengurangkan masalah kurangnya penguasaan 3M iaitu membaca, menulis dan mengira dalam kalangan pelajar......petikan Berita Harian.

p/s: Teman rasa sudah sampai masanya; Pendidikan Prasekolah dinaik taraf seperti di negara2 barat. Tenaga pengajar terdiri daripada lepasan siswazah yang khusus dalam bidangnya;Tapi yang teman risau, tenaga pengajar nanti, bukan berlatarbelakangkan formal pendidikan prasekolah atau master dalam bidang mereka. Tetapi yang memohon kerja atas dasar `tak ada pilihan kerja`........yang jadi mangsa Si cilik anak-anak kita yang baru bertatih dan belajar tu.......zas