SELAMAT DATANG KE BLOG CETUSAN RASA ZECK AS

BAJET KAKITANGAN AWAM 2010

BAJET KAKITANGAN AWAM 2010

"JIWA KOSONG, DAHAGA PERHATIAN" (Dapatan bekas bungkus roti canai.)..

on Ahad, Mei 24, 2009

Sumber :Dipetik Akhbar Berita Harian (Terbaca dari bekas bungkus roti canai..) Penulis : Tengku Asmadi Tengku Mohamad.

PEGANGAN agama yang longgar serta penekanan ibu bapa yang terlalu mementingkan pencapaian akademik adalah antara penyebab utama jiwa pelajar tertekan lalu mudah terjebak dalam kejadian tidak diingini termasuk jenayah. Tidak cukup dengan itu, pelajar yang rata-ratanya berada dalam lingkungan usia kritikal turut tertekan akibat kesuntukan masa - menghadiri sesi persekolahan biasa pada w
aktu pagi atau petang disusuli sekolah agama atau kelas tuisyen yang perlu diikuti. “Ini menjadikan kehidupan mereka amat tertekan. Jadual mereka padat dengan tanggungjawab akademik serta perlu memenuhi tuntutan ibu bapa sepanjang masa.

“Jiwa mereka kosong kerana tidak mempunyai masa untuk diri sendiri seperti relaks atau melakukan kegiatan yang diingini. Keadaan mungkin dapat dielakkan jika mereka mempunyai pegangan agama kerana jiwa dan rohani mereka terisi,” kata pakar motivasi remaja, Dr Tengku Asmadi Tengku Mohamad, ketika dihubungi baru-baru ini.

Berikutan itu, mereka menjadikan kesempatan menemui atau lepak bersama rakan-rakan di dalam atau luar sekolah, sebagai saluran melepaskan tekanan.

“Keadaan bahaya apabila mereka tidak pedulikan latar belakang rakan, asalkan boleh serasi. Jika rakan yang baik, tidak mengapa, tetapi andai kawan yang digauli itu nakal, ia boleh menarik pelajar itu terjebak sama.”


Faktor lain, katanya, adalah disebabkan keadaan diri pelajar sebagai golongan 'pencari perhatian' “Pelajar bukan saja golongan yang suka mencuba pelbagai perkara baru. Tetapi mereka juga dahagakan perhatian, biarpun caranya berbeza antara satu individu kepada yang lain. Bagi pelajar cerdik, masalah itu tidak timbul kerana mereka sentiasa dipuji. “Tetapi bagaimana dengan pelajar yang tidak pernah dipuji guru mahu pun ibu bapa sendiri? Ini menyebabkan ada di antara sanggup melakukan perkara seperti jenayah dan seterusnya dipuji rakan dalam kumpulan itu. ..........(maklumat lanjut tidak dapat disiarkan kerana terkoyak...hilang....maklumlah bekas bungkus roti canai) ...



KOMEN PENULIS :
Sekadar untuk berkongsi rasa dengan kalian...... Agaknya itulah perasaan yang bermain di minda anak-anak kita. Letih, tertekan, rungsing, bosan,perlu perhatian, perlu bermain, beban , marah, dan sebagainya. Kadang kala kita sebagai ibu bapa hanya pandai mengarah...itu dan ini....jika tak buat.....siap, kamu !! Pernah tak kita merasai apa yang mereka rasa...'empati' (masuk dalam kasut mereka;istilah kaunselor) Jadual mereka yang begitu padat, paginya sekolah biasa, tengah harinya kelas tambahan, petangnya kelas agama dan malamnya tuisyen dan buat kerja sekolah....Huh !! Penat !!..Sebagai ayah dan ibu, rasanya luangkan sedikit masa untuk anak-anak kita....beri tekanan kepada anak, rasanya bukan jalan yang terbaik......tetapi asuh, bimbing, didik dan pimpin sebenarnya menjadi jalan yang paling terbaik untuk anak kita. Dan yang paling penting...jiwa mereka perlu diturap dengan ilmu agama. Hanya agama sahaja yang boleh membantu anak-anak kita menjadi insan yang sempurna........Apa pandangan anda? zas

2 comments:

DUN Behrang 2020 berkata...

Satu perkongsian yang sgt menarik...dlm keletihan dan kelesuan yang kita alami sepanjang hari bekerja kadang2 kita lupa bahawa anak2 kita hari ini juga 'mempunyai jadual' yang hampir sama dgn kita...

Semoga kita sentiasa diberi kesabaran dalam mendidik anak2...

GPI SKSV berkata...

sebenor nya, teman pun kesian kat budak SKSV tu.. hari2 kena kepung.. kepung.. hari-hari..

fuh.. kalo kita ddi buat cenggitu, tumpo rasanyer...