SELAMAT DATANG KE BLOG CETUSAN RASA ZECK AS

BAJET KAKITANGAN AWAM 2010

BAJET KAKITANGAN AWAM 2010

SEMOGA MEREKA BERJAYA.....anak didik ku yang baru...zas

on Jumaat, Julai 16, 2010

Tanggungjawab yang digalas, dipikul dan digendong....Meminta ku memenuhi impian Pengetua...."Tahniah Cikgu Zeck...........Penolong Kanan Rendah....selamat berkhidmat......." "Cikgu Zeck.... Kami berharap sangat tahun ini punyai 2 orang calon yang mendapat 5A dan peratus lulus boleh capai 68.8% (15/22)......"

Sekolah baru yang mempunyai bilangan murid yang sedikit........tapi hasrat mereka besar....
Sekolah baru yang mempunyai bilangan calon UPSR hanya 22 orang.....tapi menanam impian seakan 200 orang......
Sekolah baru yang mempunyai hampir kesemua pelajar yang miskin, daif, disekitar Larut Matang dan Selama...... tetapi mereka `tidak miskin` untuk belajar......mereka `tidak daif` untuk membina ilmu......



Teruja melihat raut muka anak bangsa yang punya keinginan untuk belajar............Selamat menduduki Peperiksaan Percubaan UPSR Selaras Negeri Perak.Mulai 13 hingga 15 Julai 2010. Cikgu doakan kalian berjaya peroleh keputusan yang membanggakan sekolah dan ibu bapa...serta PKRnya.

0 comments: