SELAMAT DATANG KE BLOG CETUSAN RASA ZECK AS

BAJET KAKITANGAN AWAM 2010

BAJET KAKITANGAN AWAM 2010

RENTETAN RASA SEBELUM KE SMK REDANG PANJANG.

on Khamis, Julai 08, 2010

  • 26 Jun 2010 (Jumaat) yang lalu- Sekolah menerima panggilan telefon daripada salah seorang pegawai PPD Batang Padang. Meminta aku ke PPD Batang Padang dengan kadar segera.Aku bergegas ke pejabat.....Berderau dibuatnya. Dalam perjalanan ke pejabat dengan longlainya sempat fikiranku merewang. Apakah kesilapan yang dah aku lakukan? Laporan LADAP rasanya baru aje hantar, PLBS dah beres. Minit Mesyuarat PIBG kot.....SAH!!..Lupa nak sumit kat PPD...Dah sah dah kena hentam dengan PPD ni.
  • Sesampai di pejabat. GB dan rakan2 pejabat mengucapkan tahniah. Terpingga2 sebentar. Entah apa yang diperkatakan oleh mereka...Masih samar-samar buat aku.
  • GB pesan lepas kelas ni pergi ke PPD dan solat Jumaat kat sana. Kamu tu dapat tawaran kenaikkan pangkat.......
  • Lega....barulah keluh-kesah reda buat seketika. Sekitar jam 12.30 tengah hari, aku beredar dari sekolah ke PPD Tapah. Perjalanan ke sana 1 jam.
  • Tempat yang pertama ditujui ialah Masjid Tapah. Solat Jumaat, berdoa moga dirahmati dan terima kasih atas ketentuan-Nya. Thank Allah.
  • Tepat jam 2.30 petang, aku akhirnya menjejak kaki ke PPD Batang Padang dan bertemu dengan Pn Eng.(Penyelia SJK). Di sanalah diberikan surat tawaran kepada ku berserta 2 rakan yang lain.
  • Gembira dan terkejut kerana ditawarkan ke sekolah yang tak terlintas akan ke sana. Daerah Larut Matang Selama. Batu Kurau. Ahh!! Jauhnya. Dalam fikiran terbayang anak-anak yang akan ditinggalkan, emaknya yang akan disepikan.....Urusan rumahtangga yang tak menang tangan diuruskan.......Ahhhhhh!!! Pening..........`.Heng`sekejap aku.


  • 5 Julai 2010 (Isnin)-Aku lapor diri di SMK Redang Panjang. Doa kekawan, emak kat kg, isteri dan anak-anak membawa aku nun jauh di Batu Kurau, Selama.Inilah teratak bertugas ku yang baru. Selamat Bertugas Cikgu Zeck......sepi, rindu, nostalgia, runtum.....namun ku tahan jua.....-zas

2 comments:

DiLLa berkata...

Tahniah cikgu zeck....

GPI berkata...

Tahniah Cikgu PKR Zakaria A.S.

di mana jua kita mengajar..ianya tetap milikNYA...

di Seberang perak? di bukit merah? di lembah beringin? di balik pulau? di hulu bernam? di Bandar 2020?

buat masa ini rezeki anda di Redang Panjang...

bersyukurlahhhh...