SELAMAT DATANG KE BLOG CETUSAN RASA ZECK AS

BAJET KAKITANGAN AWAM 2010

BAJET KAKITANGAN AWAM 2010

FALSAFAH KAWAN...menurut fahaman gua.....zas.

on Rabu, Jun 03, 2009


KAWAN tu BUKAN macam FUTSAL,
Mula-mula kejar......dah dapat SEPAK..

KAWAN tu BUKAN macam main SKATE,
Mula-mula gosok.....lepas tuu PIJAK..

KAWAN tu BUKAN macam main RAGBI,
Mula-mula tangkap.....dah dapat TENDANG le pulak..

KAWAN tu BUKANnya macam PAMPES,
Dah pakai.....lepas tu BUANG..

KAWAN tu BUKANnya macam barang KEMAS,
Waktu baru beli....PAKAI.....Dah sengkek apa lagi GADAI le..

KAWAN tu BUKAN macam PELANGI.....orang putih kata `rainbow`
Hari cerah, takade.....Hujan gerimis baru muncul..

KAWAN BUKAN macam KERETA,
Rosak sikit, jual.....Ambil kereta baru..

KAWAN tu BUKAN macam CHIPSMORE..,
Kejap ada, kejap tak ade..

KAWAN tu BUKAN macam BANK,
Bila dah takade duit, pegi kat sana , ambik..

Lagi kawan tuu..macam ape..ye???
Haaa ! KAWAN tu macam awak le...
Bila saya tulis dalam blog.....awak baca..
Awak baca dengan teliti, sampai habis.

Walau apapun tanggapan orang tentang KAWAN ..
Bagi saya, kawan tuu amat penting..
Kawan takkan biarkan kawannya bersedih dan berduka.....ye tak ??
Kawan yang sejati adalah kawan yang boleh duduk berbincang tentang apa saja..perkara,
Yang penting, seorang kawan sentiasa membantu kawannya...walaupun ia terlalu peribadi...
Apa pun tanggapan anda tentang kawan...
Saya nak ucap terima kasih kepada kekawan saya....yang banyak membantu dalam kehidupan saya...kalian sentiasa dihati............zas





4 comments:

GPI SKSV berkata...

kawan mcm mana pilihan anda?

afiqzuhair berkata...

Carilah KAWAN yg. setia. Laa ni susah nak cari tau...Ada kawan makan kawan...

Zakaria Abdullah Sani berkata...

To GPI SKSV..
Entoh le....Tapi yang pastinya..
Teman tertarik dengan kawan yang memahami 'rasa hati teman' atau maksud yang lebih senang, memahami 'teman', .....baru le senang berkawan ye tak ?....zas

Zakaria Abdullah Sani berkata...

To afiqzuhair
Betul tapi tak betul...
BETUL memang susah nak cari kawan yang betul-betul setia atau yang tidak ada udang disebalik mee...hendaknya zaman la nii...

TAK BETULNYA...teringat teman pesan nabi pada kita.. katanya "apabila kita sentiasa berprasangka baik dengan kawan kita, percayalah Allah akan berikan `KEBAIKAN`kepada kita..dengan 'KEBAIKAN' yang berlipat ganda.
....Udah, kita tak ada prangsangka buruk dengan kawan...ate...mana ada istilah "kawan makan kawan'

"Manusia yang baik ialah manusia yang sentiasa lembut hatinya, memaafkan kawan"........zas.