SELAMAT DATANG KE BLOG CETUSAN RASA ZECK AS

BAJET KAKITANGAN AWAM 2010

BAJET KAKITANGAN AWAM 2010

BERITA YANG MENARIK HATI TEMAN....zas

on Sabtu, Jun 06, 2009

Chelsea juara Piala FA.. fuhh !! Perlawanan yang amat menarik apabila muncul juara Piala FA selepas menewaskan Everton 2-1 di Stadium Wembley. Stadium yang bersejarah yang pernah menyaksikan perlawanan hebat di dunia. Soalannya, pasukan manakah yang menjadi pasukan kegemaran zas....
A) Pulau Pinang B) India C) Chelsea
Lengkapkan juga; Saya suka pasukan Chelsea kerana ...................... Dan hantar melalui sms 33221100.

Polis dapat menahan dua beradik dalam kes along rantai peminjam...Amboi sebut aje 'meminjam' ni, risau teman. Mana tak nya, teman ada le pinjam duit kat seorang tu.....'along' . Agak rasa mike; teman kena kurung ke macam kes 'along' baru-baru nii. Teman pinjam duit kat Kak Long teman, yang teman selalu panggil 'along' Rasa mike tergamak tak 'along' teman kurung, teman kat rumah kedai........? Apapun, teman rasa seronok bebenor, mana taknya...suspek 'along' direman. Ketua along yang paling berkuasa di Selangor adalah antara 6 lelaki yang diburu polis ,Kumpulan Kristal 9 .

Pengajarannya dari isu nii, jangalah meminjam dengan 'along' kerana dia bukan nak tolong, tapi yang pasti dia nak kurung. Lu fikirlah sendiri....zas.

Kelayakan untuk bergelar 'ustaz' petikan BH ONLINE.

JIKA kita menyandarkan gelaran, panggilan, tanpa ada batasan maka kita akan mewujudkan caca marba dalam masyarakat.

Seorang ustaz ialah yang mempelajari agama Islam, berakhlak seperti akhlak Islam, berpegang dengan ajaran Islam, malah berpakaian yang selayaknya untuk seorang ustaz. Jika kriteria asas ini tidak dipatuhi, seorang ustaz itu sama saja dengan orang lain dan tidak ada keperluan untuk memanggilnya ustaz. Sebagai contoh seorang yang berlatar belakangkan pengajian Islam, namun sering ke kelab malam, maka dia bukanlah seorang ustaz.

Seorang ustaz bukan hanya pandai bercakap mengenai Islam tetapi juga berakhlak Islam. Justeru, tiada istilah ‘ustaz rock’, ‘ustaz hindustan’ dan sebagainya. Kalau itulah minatnya, maka dia bukanlah ustaz............

Saya menyeru kepada kita semua, marilah kembalikan maruah institusi ustaz dan tidak sewenangnya menyandarkan gelaran itu kepada sesiapa saja. Ini kerana institusi ustaz ini adalah mulia dan pada merekalah kita melihat wajah Islam.
penulis :YANG PRIHATIN,
Kelantan.

Ini tentu isu 'Ustaz ' yang kat 'astro tu....yang tengah hangat kes mahkamah tuu.. So, apa pandangan korang......tapi apa pun isu ni, memang best....menarik pemikiran teman....zas

Saranan wujud kerajaan perpaduan anjuran Presiden Pas dipertikai pemimpin parti, Pakatan Rakyat

SHAH ALAM: Tindakan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mempertahankan saranannya mengenai pembentukan kerajaan perpaduan semalam, bukan saja dipertikaikan oleh DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), malah pemimpin kanan parti itu sendiri.

Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa yang bertanding jawatan Timbalan Presiden dan jika menang akan bergandingan dengan Abdul Hadi, secara terbuka mempertikaikan kenyataan ketuanya itu kerana beranggapan ia tidak menguntungkan parti berkenaan.

Komen teman : Entah le teman ni tak pandai pasai politik ni......so, no komenlah. Korang fikirlah sendiri. zas.

JADI INILAH ANTARA ISU, BERITA, DAN TINTA YANG PALING TEMAN TERUJA APABILA MEMBACANYA. ENTAH MENGAPA ISU NII JADI TAWANAN TEMAN.
TERASA NAK KONGSI DENGAN RAKAN-RAKAN BLOG. SO, TERIMA KASIH KERANA MEMBACA.....zas

3 comments:

DUN Behrang 2020 berkata...

1. Yop, kalo teman dpt neka betui pasukan kegemaran mike ni...dpt hadiah beso ke?

2. Along mike tak rantai punya pasai bulan 7 nnti dia dpt balik punye...siap ada 'bunge2' ke?

3. Setuju gelaran ustaz tak diberi sembarangan...(ada kenal sorang ustaz digelar 'ustaz serba boleh' naik grand livina kaler itam...)

Zakaria Abdullah Sani berkata...

Chit...puda chit..dayyy!!..itu kalu ustaz kalu, itu kereta grand livina kalu....hitam kalu...banyak kenal...Dia ati baaanyakkk baik....tarak sombong kalu,kepala ada dalam, banyak bagus....busuk-busuk cerita tarak ambil peduli la...itu ustaz sama saya itu kenal, banyak lama...tara sampai satu tahun, tapi serupa itu adik beradik kalu....itu melayu cakap ...'isi sama kuku'.......kalu.
Ada bikin busuk hati kalu sama saya bikin jumpa.......(gangster kg dusun) zas

cerita panas:
(Itu cerita kereta kalu......ada kenal kalu ada org, mau bily itu kereta 'Exora'. Banyak besar punya kereta kalu...bila keluar itu kereta....????!!!!

DUN Behrang 2020 berkata...

Waduh pak...kok ini yang mana ya yg mau tukar-tukar itu...lagian yang lama kan udah merajuk dong...! Capek gini lho!