SELAMAT DATANG KE BLOG CETUSAN RASA ZECK AS

BAJET KAKITANGAN AWAM 2010

BAJET KAKITANGAN AWAM 2010

AL KISAH...CERITA ORANG KAMPUNG.....

on Sabtu, Januari 03, 2009

....Maka tersebutlah kisah...taibb....(Pendekar Bujang Lapok le pulak).....Bayangkan jika ianya berlaku kepada anda.RENUNGKAN...Suatu hari,diceritakan...berlaku pada hari Jumaat. Ketika itu Sembahyang Jumaat di sebuah masjid yang dihadiri lebih kurang 1,000 jemaah.Tiba-tiba, tanpa diduga masuk 2 orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnya dengan pakaian hitam....Tak nampak apa....melainkan nampak 2 biji mata yang dan sepucuk senapang patang.....Lalu salah seorang daripada mereka bertempik......"SESIAPA YANG SANGGUP MATI KERANA ALLAH DAN RASUL-NYA......SILA BERDIRI DI TEMPAT KAMU" Selepas mendengar AMARAN lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu untuk menyelamatkan diri....dari jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih tinggal di tempat masing-masing termasuk le Pak Imam dan Pak Bilal.

Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat arah Pak Imam sambil berkata....
"Oklah..Pak Imam saya dah halau semua yang HIPOKRIT. Sekarang bolehlah Pak Imam mulakan sembahyang Jumaat....sambil kedua-dua lelaki itu bersedia untuk sembahyang berjemaah....

.....Ha..ha..ha itulah Al Kisahnya, lawakkan.....bertapa banyaknya manusia yang LUPAKAN ALLAH. apabila menghadapi BAHAYA.Terfikir juga diminda, lelaki tu bukan kata nak bunuh atau nak tembak kan....tetapi generasi sekarang amat lemah....baru kena ugut dah lari lintang-pukang..lupa nak sembahyang Jumaat.Apabila IMAN LEMAH...lebih percaya kepada gossip dan khabar yang belum pasti benar daripada cerita yang disampaikan oleh Al-Quran. Kekadang kita pun punya le sembang dengan girlfriend atau boyfriend punya le berjam-jam. Tapi berdoa pendek je.....kan. Entahlah...kita sama-sama renungkan bersama-sama. ZAS.

0 comments: