SELAMAT DATANG KE BLOG CETUSAN RASA ZECK AS

BAJET KAKITANGAN AWAM 2010

BAJET KAKITANGAN AWAM 2010

KEREDHAAN ALLAH BERGANTUNG KEPADA KEREDHAAN IBU BAPA.........zas

on Isnin, Ogos 31, 2009

Dato' Dr. Haji Fazilah Kamsah pernah berkata ...
" Setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapa kita

( tak kira masih hidup ataupun telah tiada )".......... Nescaya pintu rezeki akan terbuka buat kamu...



Ini berdasarkan Hadis Nabi :
"Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari"


Huraian hadis:
1. Jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada )


2. Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak
putus berdoa kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka,
doakan agar mereka berubah)


3. Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah.


4. Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh-sungguh. Tadah tangan sambil membayangkan wajah kedua orang tua kita , termasuk guru-guru kita dan mereka yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar-benar bersungguh-sungguh).

5. Mereka yang LUPA berdoa kepada kedua orang tua, akan DISEMPITKAN rezeki oleh Allah.


Kesimpulannya:

Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris.....Cuma jangan lupa doakan ibu bapa kita setiap hari.


Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita dapat dari Allah, umpamanya ; makanan, kesihatan yang baik, kasih sayang, ilmu, pancaindera dan sebagainya.


p/s: Moga kita semua tergolong daripada golong yang dilimpahkan rezeki oleh Allah- zas InsyaAllah….




1 comments:

DUN Behrang 2020 berkata...

Insya Allah bro...entri yg menarik...blog pun makin ensem!