Bagi teman program nii, amat bermakna, banyak pengisian yang teman dapat kongsi bersama-sama dengan rakan-rakan yang lain. Antara penceramah yang mengisi slot ialah Prof. Dr Omar bin Abdull Kareem, Dekan Ips, UPSI. Beliau membicarakan tajuk: "Kepimpinan dan Hubungan Komuniti".. Bagaimana menjadi pemimpin yang baik di antara sekolah dan komuniti setempat."Konflik dalam Komunikasi" disampaikan oleh : En Taqiyuddin Abdul Mukti; Kaunselor UPSI.
Paling menarik slot daripada Pengetua Cemerlang MCKK Jusa C ,En Mohd Rauhi bin Mohd Isa dengan tajuknya: "Pembinaan Kerjasama Sekolah dengan Komuniti ke Arah Kecemerlangan Akademik" dengan dibantu oleh Penolong Kanan MCKK iaitu, En Safuan bin Hj Rabaai.Penyampaian yang bersahaja dan kelakar.....memang kami tak kering gusi dibuatnya....Paling teman ingat......Nak jadi orang HEBAT.....kena mendahului MASA.....Jangan masa yang mendahului kita........Maksudnya `on time` dalam setiap aktiviti yang kita laksanakan.
Bagi teman, rasa berbaloi pergi kursus niii, terlalu banyak input yang dapat dikongsi bersama. Kami akan berkursus lagi pada 23 Februari niii, Insyallah jika diizinkan.....



p/s : Dalam kursus masih sempat teringatkan program tahun 6 yang berlangsung pada 06 FEB..................yelah...kata orang,"tempat jatuh lagikan dikenang kan..kan..?" Inikan anak murid.