SELAMAT DATANG KE BLOG CETUSAN RASA ZECK AS

BAJET KAKITANGAN AWAM 2010

BAJET KAKITANGAN AWAM 2010

Cerita disebalik ; Hari Keluarga SKTM............

on Khamis, Julai 30, 2009

Alkisah.....taibbbb....

4 hari; Sebelum program hari keluarga SKTM
....
........Waktu tuu tergesa-gesa teman balik sekolah; Nak maklum pada isteri bahawasenya SKSV buat hari keluarga (Dengan sedikit riak......), Kat Kuala Woh lagi....Leh mandi sg....Best tau!!.SKTM mana ada buat...he..he..Lepas tu, canang pulak kat anak2......Wow !! Bestnya ayahh....(Aku tersenyum sengih....sempat juga jeling kat isteri....he..he...)

Malam tuu...giliran isteri pulak riak plus eksyen.SKTM hari keluarganya buat kat Bukit Beruntung....(fullstop)......Terdiam teman. Ate, mana idoknya....Ape yang ade kat Bukit Beruntung tuu, berbanding Kuala Woh !! Ada sungai ke.....kolam ke...Tasik ke...?? Kan...kan..kannn..
(Maaf ye org. bukit beruntung.....aje nak pertahankan hujah, ego le sikit dengan isteri....)

Isteri teruskan maklumatnya; Abang, kita bukan mandi sungai....kita main bowling lah bang.....(fullstop).....Sekali lagi terdiam teman. Ate, mana idoknya.....Ape yang ade kat Bukit Beruntung tuu,....fuhh! Dahsyat....pusat bowling..Wow !! Bestnya sayangggg......Teringat time main bowling waktu mudaremaja dulu......Pernah johan, beb...Mengalahkan peserta-peserta lain yang tak berpengalaman dalam bowling...he..he..(janji johan...ye tak??)
Aku canang kat anak2....mereka gembira......

2 hari; Sebelum Hari Keluarga SKTM kat Bukit Beruntung....
......Isteri sempat bertanya," Susah ke main bowling......bang?" Aku terdiam. Dengan nada lawak, aku kata senang aje...."macam golek buah kelapa......".
Hari tuu, sempat le ajor isteri, golek bola, guna bola.....anak...Lagak teman hari tuu, macam jurulatih kebangsaan.....

Hari yang dinanti.....Hari Keluarga SKTM....
.....Best jugak hari keluarga depa nii.Kami bertolak kul 8.30 pagi dari Tanjong Malim...sampai kat Bukit Beruntung kul 9.38 minit.
Tunggu rakan2 SKTM yang lain....Pukul 10 tepat kami masuk.....taklimat dan main...

Gaya teman.........saling tak tumpah macam pemain kebangsaan tuu......siapa ye...........
Zulmazran Zulkifli.......he..he...
Korang kenal ke ?.....


Ini sudut pandangan belakang.....
Tengok, berapa banyak pin yang dah tumbang kena langgor dek bola teman.....







Pin yang tak tumbang tu...Tak banyak....adalah sikit.....he...he..(Bukan ape, taruh orang belakang....he..he..ade ke ??)

Baju hitam; Anak murid teman (isteri teman le)
Sedang fokus ketika membaling bola bowling...
Boleh lah......ada peningkatan prestasi....

Lagi...2 hari; Hari keluarga kat Kuala Woh (SKSV)......
.....Waktu tuu....Teman pulang ke rumah biasa2 aje....Isteri tanya, "Macam mana Hari Keluarga SKSV; Jadi ke ? Teman terdiam. (fullstop) ............Malam tu; teman maklumkan pada isteri dan anak.....Tak jadi pergi Kuala Woh.....Teman cuba cari maklumat ape yang ada kat Kuala Woh, Tapah.....







Cantikkan....!!! Mungkin next time. Teman akan sampai dengan anak2 dan isteri yang tercinta....zas

POKOK ' Mimosa pudica L' khusus untuk WANITA.....zas

on Isnin, Julai 20, 2009

Ini cerita " BAIK PUNNYAAA..." untuk wanita..........khusus untuk kaum HAWA aje......yang separuh-separuh .....tak aci...

KALAU kita berjalan di kawasan-kawasan yang terbiar lapang ataupun halaman rumah sendiri, kita pasti ketemu dengan sejenis tumbuhan liar yang mengecut bila disentuh.


Kita biasa memanggilnya sebagai pokok SEMALU tetapi masyarakat di sebelah utara pula menggelarkannya dengan panggilan DURI KEMAN.


Antara khasiatnya....(Ini kata orang..) yang agak popular ialah sesuai untuk mengecut, menguat dan membersihkan faraj, khususnya selepas bersalin atau haid.


Tetapi,kata Mak Bidan, khasiat ini adalah untuk dijadikan mandian dan bukannya sebagai bahan minuman.Jangan tersilap ye....Naya..


"Caranya adalah ambil beberapa batang pokok semalu, termasuk akarnya sekali dan bersihkan ia terlebih dahulu.

Masukkan dalam sebuah bekas (periuk) yang sudah dimasukkan air kosong bersama sedikit buah manjakani, garam kasar dan asam keping. Kemudian rebuskan.

Tunggulah sehingga asam keping itu kembang dan biarlah hingga airnya suam sedikit. Air semalu ini boleh dibuat air mandi dan bukan untuk diminum,"Ini petua Mak Bidan.


Diceritakan oleh orang bijak pandai .......berkaitan pokok semalu nii.....

Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang Pohon Tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.

Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu AMAT BERKAIT RAPAT DENGAN WANITA. Fatimah terkejut. Rasulullah s.a.w.menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek:

Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, segeralah kembali ke rumahmu apabila waktu semakin senja.





IKLAN ni buat tersentuh hati........

on Khamis, Julai 16, 2009

ZAS : Melihat gambar saja tersentuh hati teman yang dah memang lembut nii....he..he..
Teman memang suka minum milo....naknya milo ais ,tapi semenjak 2 menjak
nii.........selepas nengok gambar ni.....minum milo ais pun tak lalu......

HOW Is This POSSIBLE...

on Ahad, Julai 12, 2009


APA YANG ANDA LIHAT......DAN APA YANG SAYA LIHAT....TAK SAMA KAN??!!
Apa yang kita lihat rupanya tak sama.....apa yang kita pandang.....
Agaknya; Mesej ni nak bagitahu kita, rupanya hidup kita....tak sama dengan apa yang kita impikan...so, beringat !!

Mungkin ianya tak sama dengan apa yang kita rancangkan....so, hati-hatilah !!

Tak serupa pun dengan angan-angan yang kita pernah meterikan.....

So, apakah yang anda lihat sama tak, dengan apa yang saya pandang ???!!!....zas

TANGAN YANG INDAH...........zas

on Khamis, Julai 02, 2009


Terasa lama sungguh, tak menulis di blog cetusan rasa nii. Rindu pada teman-teman yang sering chit-chat kat blog. ..
Petang tadi, sempat juga menelefon emak kat kampung untuk tohorkan rasa rindu kat emak...Lepas tuu, terus capai laptop...Teringat kenangan mengusik jiwa bersama emak, dulu.......

Tangan Yang Indah
(Kepada sesiapa yang punyai ibu........zas)

Waktu itu mak datang ke Flat tempat aku menginap..Jauh disudut hati kecilku aku bangga kerana mak sudi bertandang ke rumah kecil ku.Hari tu, mak mengajak aku untuk shopping bersamanya.

Katanya nak beli baju baru, baju kurung yang baru. Maklumlah raya haji nak dekat, katanya. Aku bawa emak pusing-pusing satu KL. Kami singgah di butik yang menyediakan pakaian wanita, dan emak mencuba sehelai demi sehelai pakaian tetapi tak satupun yang berkenan di hati. Kata emak, warnanya lawa sangat, nanti orang panggil mak datin pulak. Aku ketawa kecil melihat gelagat, mak. Sempat aku melihat wajah mak, riak-riak kecewa di wajahnya.

Akhirnya, aku membawa mak ke 'Small House'.Mak mencuba baju kurung yang cantik. Aku berkenan warnanya. Mak pun sama. Mak pergi ke 'fitting room' untuk mencuba baju kurungnya.

Lamanya......, aku mula resah. Kerna ketidaksabaran aku, aku memanggil mak dari luar 'fitting room'., Mak minta tolong aku membetulkan baju kurungnya. Emak mencuba baju kurungnya dengan susah payah,....maklumlah usia dah meningkat.Tenaga makin kurang.Kederat makin lemah...mak...mak....Masuk tangan pun tak lepas......

Ternyata tangan-tangannya tak sekuat dulu. Jika mudanya, ligat memasak untuk kami sekeluarga, jika mudanya, lasak mendaki bukit untuk menoreh getah dan membanting padi. Kini, mak tak sekuat dulu. Aku kasihan melihat mak. Terasa air mata bergenang.Tapi ku tahan jua.

KENANGAN YANG SENTIASA MENGUSIK JIWA.......

Sepanjang sisa hari itu, fikiran ku melayang kembali pada saat berada di dalam 'fitting room' tersebut. Terbayang tangan mak saya yang sedang berusaha mengenakan pakaiannya. Tangan yang indah, penuh dengan kasih sayang, yang pernah menyuapiku, memandikan aku, memakaikan baju, membelai dan memeluk ku tanpa rasa jemu. Mak sentiasa berdoa untuk kesejahteraan ku,Anak mak lah katakan.


Ingat lagi, malam tuu, kita solat Isyak berjemaah. Lepas berdoa, aku mengambil tangan mu, mak. Lantas aku menciumnya ...bertalu-talu dan yang membuatkan mak terkejut. Aku memberitahunya bahwa kedua tangannya adalah tangan yang paling indah di dunia ini. Mak hanya tersenyum......manisnya saat itu.....kalaulah ia boleh berulang.......


Aku bersyukur pada mu Ilahi kerna dapat melihat pergorbanan seorang ibu. Mak, saya sayang mak, sampai bila-bila.......


Aku berdoa bahwa suatu hari kelak tangan ku seperti tangan ibu yang penuh keajaiban dan dapat menandingi keindahan tangan ibu.... Insyallah... zas




KENANGAN MENGUSIK JIWA DI SKTT...

on Rabu, Jun 10, 2009



BUAT KEKAWAN DI SKTT..... teringat saat kita semua bersama bertungkus lumus menyibukkan diri melaksanakan semua aktiviti sekolah....



Korang memang best, sentiasa
membantu antara satu dengan
yang lain...jika tak kerana korang
maka tak jadilah kem motivasi
di Semungkis, Teratak Warnoh..

Apa pun yang kekawan lakukan saya doakan semoga, kalian sentiasa diberkati Illahi.......zas

BERITA YANG MENARIK HATI TEMAN....zas

on Sabtu, Jun 06, 2009

Chelsea juara Piala FA.. fuhh !! Perlawanan yang amat menarik apabila muncul juara Piala FA selepas menewaskan Everton 2-1 di Stadium Wembley. Stadium yang bersejarah yang pernah menyaksikan perlawanan hebat di dunia. Soalannya, pasukan manakah yang menjadi pasukan kegemaran zas....
A) Pulau Pinang B) India C) Chelsea
Lengkapkan juga; Saya suka pasukan Chelsea kerana ...................... Dan hantar melalui sms 33221100.

Polis dapat menahan dua beradik dalam kes along rantai peminjam...Amboi sebut aje 'meminjam' ni, risau teman. Mana tak nya, teman ada le pinjam duit kat seorang tu.....'along' . Agak rasa mike; teman kena kurung ke macam kes 'along' baru-baru nii. Teman pinjam duit kat Kak Long teman, yang teman selalu panggil 'along' Rasa mike tergamak tak 'along' teman kurung, teman kat rumah kedai........? Apapun, teman rasa seronok bebenor, mana taknya...suspek 'along' direman. Ketua along yang paling berkuasa di Selangor adalah antara 6 lelaki yang diburu polis ,Kumpulan Kristal 9 .

Pengajarannya dari isu nii, jangalah meminjam dengan 'along' kerana dia bukan nak tolong, tapi yang pasti dia nak kurung. Lu fikirlah sendiri....zas.

Kelayakan untuk bergelar 'ustaz' petikan BH ONLINE.

JIKA kita menyandarkan gelaran, panggilan, tanpa ada batasan maka kita akan mewujudkan caca marba dalam masyarakat.

Seorang ustaz ialah yang mempelajari agama Islam, berakhlak seperti akhlak Islam, berpegang dengan ajaran Islam, malah berpakaian yang selayaknya untuk seorang ustaz. Jika kriteria asas ini tidak dipatuhi, seorang ustaz itu sama saja dengan orang lain dan tidak ada keperluan untuk memanggilnya ustaz. Sebagai contoh seorang yang berlatar belakangkan pengajian Islam, namun sering ke kelab malam, maka dia bukanlah seorang ustaz.

Seorang ustaz bukan hanya pandai bercakap mengenai Islam tetapi juga berakhlak Islam. Justeru, tiada istilah ‘ustaz rock’, ‘ustaz hindustan’ dan sebagainya. Kalau itulah minatnya, maka dia bukanlah ustaz............

Saya menyeru kepada kita semua, marilah kembalikan maruah institusi ustaz dan tidak sewenangnya menyandarkan gelaran itu kepada sesiapa saja. Ini kerana institusi ustaz ini adalah mulia dan pada merekalah kita melihat wajah Islam.
penulis :YANG PRIHATIN,
Kelantan.

Ini tentu isu 'Ustaz ' yang kat 'astro tu....yang tengah hangat kes mahkamah tuu.. So, apa pandangan korang......tapi apa pun isu ni, memang best....menarik pemikiran teman....zas

Saranan wujud kerajaan perpaduan anjuran Presiden Pas dipertikai pemimpin parti, Pakatan Rakyat

SHAH ALAM: Tindakan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mempertahankan saranannya mengenai pembentukan kerajaan perpaduan semalam, bukan saja dipertikaikan oleh DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), malah pemimpin kanan parti itu sendiri.

Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa yang bertanding jawatan Timbalan Presiden dan jika menang akan bergandingan dengan Abdul Hadi, secara terbuka mempertikaikan kenyataan ketuanya itu kerana beranggapan ia tidak menguntungkan parti berkenaan.

Komen teman : Entah le teman ni tak pandai pasai politik ni......so, no komenlah. Korang fikirlah sendiri. zas.

JADI INILAH ANTARA ISU, BERITA, DAN TINTA YANG PALING TEMAN TERUJA APABILA MEMBACANYA. ENTAH MENGAPA ISU NII JADI TAWANAN TEMAN.
TERASA NAK KONGSI DENGAN RAKAN-RAKAN BLOG. SO, TERIMA KASIH KERANA MEMBACA.....zas

FALSAFAH KAWAN...menurut fahaman gua.....zas.

on Rabu, Jun 03, 2009


KAWAN tu BUKAN macam FUTSAL,
Mula-mula kejar......dah dapat SEPAK..

KAWAN tu BUKAN macam main SKATE,
Mula-mula gosok.....lepas tuu PIJAK..

KAWAN tu BUKAN macam main RAGBI,
Mula-mula tangkap.....dah dapat TENDANG le pulak..

KAWAN tu BUKANnya macam PAMPES,
Dah pakai.....lepas tu BUANG..

KAWAN tu BUKANnya macam barang KEMAS,
Waktu baru beli....PAKAI.....Dah sengkek apa lagi GADAI le..

KAWAN tu BUKAN macam PELANGI.....orang putih kata `rainbow`
Hari cerah, takade.....Hujan gerimis baru muncul..

KAWAN BUKAN macam KERETA,
Rosak sikit, jual.....Ambil kereta baru..

KAWAN tu BUKAN macam CHIPSMORE..,
Kejap ada, kejap tak ade..

KAWAN tu BUKAN macam BANK,
Bila dah takade duit, pegi kat sana , ambik..

Lagi kawan tuu..macam ape..ye???
Haaa ! KAWAN tu macam awak le...
Bila saya tulis dalam blog.....awak baca..
Awak baca dengan teliti, sampai habis.

Walau apapun tanggapan orang tentang KAWAN ..
Bagi saya, kawan tuu amat penting..
Kawan takkan biarkan kawannya bersedih dan berduka.....ye tak ??
Kawan yang sejati adalah kawan yang boleh duduk berbincang tentang apa saja..perkara,
Yang penting, seorang kawan sentiasa membantu kawannya...walaupun ia terlalu peribadi...
Apa pun tanggapan anda tentang kawan...
Saya nak ucap terima kasih kepada kekawan saya....yang banyak membantu dalam kehidupan saya...kalian sentiasa dihati............zas