SELAMAT DATANG KE BLOG CETUSAN RASA ZECK AS

BAJET KAKITANGAN AWAM 2010

BAJET KAKITANGAN AWAM 2010

CERITA LAWAK 18+ KE ATAS

on Sabtu, Oktober 24, 2009

AL-KISAH, TEMAN MENERIMA EMAIL DARI SAHABAT LAMA,(MANTAN PENGERUSI MGBSRHL)
DIHANTARNYA PADA TEMAN CERITA LUCU, TETAPI 18SX...TEMAN BERANIKAN DIRI ......
MUAT TURUN CERITA 'PANAS' NI.....


Buat orang Kelantan jangan marah.....sekadar cerita lawak aje, buat
hiburan waktu terluang.....Bertapa Kayanya Bahasa Kita -zas

Tersebutlah cerita yang dikatakan berlaku di sebuah pejabat Majlis
Perbandaran di Negeri Pantai Timur, -Cik Siti Wan Kembang:

Kontraktor rumah : Ambo nok mitak kelulusan buat rumoh, lagu mano
gak caro dia?
Pegawai Bangunan : Lagu ni?, Mulo-mulo wat pele (pelan) dulu.
Kontraktor rumah : Pele? Ambo, ado doh!
Pegawai bangunan : Mano? Kalu ado, wat tubik lah, kawe nok tengok.
Kontraktor rumah : Errrr! Tak leh! Tak Leh!
Pegawai Bangunan : Bak po tak lehnyo! Cepatlah wat tubik!
Kontraktor rumah : Kalu tak tengok tak leh ko?
Pegawai Bangunan : Tok leh la!!! Kawe nak luluh, gu mano, kalu kawe
tak tengok!
Kontraktor rumah : Eh! Ambo ghoyat doh, ambo malu nak tunjok.
Pegawai Bangunan : Malu bakpo pulak? Pah tu bawok pele wat gapo
kalu tak sir tunjok?
Kontraktor rumah : Ehhh! Malulah nak tunjok , pele ambo kecik!
Pegawai Bangunan : Laa! Kecik pun tak apo, kalu cukup syarat! Kalu tak
tunjok, kawe nak sain luluh lagu mano?
Kontraktor rumah : Nak wat tubik nak tunjok kat mano?, orghe ramai ni!
Malu ambo!Malu weh!
Pegawai bangunan : La!, tak apo! Nak malu ko gapo! Wat tubik letak atas
meja kaunter ni pun buleh! Cepatlah! kawe ado khijo lain
lagi nih! Sibuk benar nii !! Kena paham le !!
Kontraktor rumah : Hoh! Ambo wak tubik dah ni ! Cepatla? tengok!
Pegawai Bangunan : Laaa!(terkejut) , buke pele ni!
Kontraktor rumah : Tu la!, ambo ghoyak doh tadi kan? Pele ambo kecik!
demo nok tengok jugak!
Pegawai Bangunan : Laaaaaa! Buke pasal kecik besarnyo!, maksud kawe
Pele Bangune (Pelan Bangunan).
Kontraktor rumah : La! Ambo ingat pele nie! Kalu pele bangune, ado la
dale beg nie!
Tak ghoyak pun pele bangune!. Mano ambo tahu!
Pegawai Bangunan : Kawe ingat demo paham! Hok dok mari doh pun
tak penah jadi lagu nie! Demo dok mano?
Kontraktor rumah : Gua Muse!

Itu le ceritanya........Bahasa Jiwa Bangsa.......hihihiihii....

BERITA BAIK UNTUK GURU BM

on Sabtu, Oktober 10, 2009

Guru tuntut imbuhan Oleh MARZITA ABDULLAH


Bayaran Imbuhan Subjek Penting (BISP) untuk guru mata pelajaran Bahasa Malaysia pula dituntut oleh golongan guru semasa sesi dialog sempena majlis Perhimpunan Warga Pendidik di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), baru-baru ini.


Cadangan itu dibuat dengan alasan bahawa dalam usaha memartabatkan bahasa Malaysia dan memperkukuhkan bahasa Inggeris (MBMMBI), peranan penting guru mata pelajaran bahasa Malaysia tidak boleh dipinggirkan apatah lagi mereka mengajar bahasa yang merupakan bahasa rasmi negara ini.


Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom ketika ditanya berhubung perkara tersebut berjanji untuk menimbang dan mengadakan perbincangan mengenai perkara tersebut.

Namun kata beliau, pada masa ini kerajaan telah membelanjakan ratusan juta ringgit untuk bagi membayar BISP kepada guru-guru yang lain.


Pada masa ini guru-guru yang menerima BISP ialah guru mata pelajaran bahasa Inggeris, Sains dan Matematik.

``Kita juga perlu memikirkan kewajarannya dan nanti ada pula guru-guru mata pelajaran lain yang turut menuntut perkara yang sama,’’ katanya.


Sesi dialog bersama Ketua Pengarah Pelajaran tersebut merupakan lanjutan daripada sesi penerangan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dihadiri lebih 1,000 warga pendidik dari seluruh negara.


Sesi dialog yang berlangsung selama kira-kira satu jam itu turut mendengar pelbagai masalah lain termasuk masalah kekurangan guru mata pelajaran bahasa Inggeris di sekolah-sekolah luar bandar.


Seorang guru besar dari Selangor mempersoalkan tentang tempoh perpindahan yang singkat guru bahasa Inggeris dari kawasan bandar ke luar bandar.

``Guru bahasa Inggeris dari bandar ini cantik, ada kereta besar, suami pangkat besar tetapi tidak lama di sekolah luar bandar kerana telah minta ditukarkan ke sekolah bandar,’’ katanya.

Justeru beliau mencadangkan agar pihak kementerian mengambil guru dari kawasan luar bandar untuk mengajar mata pelajaran tersebut kerana hanya guru-guru sedemikian yang boleh memahami dan menerima keadaan persekitaran itu.


``Hanya orang luar bandar sahaja yang boleh membantu pelajar luar bandar,’’ katanya.

Pada sesi dialog tersebut pelbagai cadangan turut dikemukakan oleh golongan guru termasuk mengenai tempoh mengajar yang lebih lama untuk mata pelajaran bahasa Inggeris dan tempoh mengajar yang singkat untuk mata pelajaran lain.


Turut ditanya ialah mengenai kegagalan pelajar bukan Melayu untuk menguasai bahasa Malaysia dan penggunaan sama ada bahasa Malaysia atau bahasa Melayu untuk mata pelajaran tersebut.


Selain itu turut dipersoalkan ialah kewajaran memberi BISP secara wang tunai kepada guru-guru terbabit sebaliknya mencadangkan agar pemberian baucar buku kepada mereka.

Dalam pada itu Alimuddin berkata, semua pandangan dan cadangan yang dilontarkan oleh golongan pendidik akan diberi pertimbangan yang serius.


Berhubung pelbagai isu yang berbangkit mengenai perkara baru yang diperkenalkan selepas pemansuhan Pengajaran dan Pembelajaran mata pelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) beliau berkata, kementerian mempunyai tempoh dua tahun lagi yang membolehkan pelbagai cadangan dikaji untuk manfaat warga pendidikan semua.


P/S: Bagi teman warga pendidik, mengajor pulak subjek BM, usahlah ditanya....`bertapa senang dalam hati`...dapat BISP......apapun harap terbela le nasib Guru Subjek BM macam teman niii..dan rakan2 yang lain. zas

on Khamis, Oktober 08, 2009


Lama tak berblogger dengan rakan2.....Rupanya hidup ini terasa sunyi, yang amat sangat...
Terasa seakan tinggal kat 'Hutan Belum' sorang-sorang......


Bukan ape....lepas periksa UPSR sibuk pulak menandanya.........

p/s ; Pada KKY, Tarena, UBKSKTT, DUN, Amal, PISKSV, Cips Pans, dan lain2 Maaf kerana terpaksa menyepikan diri buat sementara 'sibuk'..sehari dua hari niiiii.......