SELAMAT DATANG KE BLOG CETUSAN RASA ZECK AS

BAJET KAKITANGAN AWAM 2010

BAJET KAKITANGAN AWAM 2010

POKOK ' Mimosa pudica L' khusus untuk WANITA.....zas

on Isnin, Julai 20, 2009

Ini cerita " BAIK PUNNYAAA..." untuk wanita..........khusus untuk kaum HAWA aje......yang separuh-separuh .....tak aci...

KALAU kita berjalan di kawasan-kawasan yang terbiar lapang ataupun halaman rumah sendiri, kita pasti ketemu dengan sejenis tumbuhan liar yang mengecut bila disentuh.


Kita biasa memanggilnya sebagai pokok SEMALU tetapi masyarakat di sebelah utara pula menggelarkannya dengan panggilan DURI KEMAN.


Antara khasiatnya....(Ini kata orang..) yang agak popular ialah sesuai untuk mengecut, menguat dan membersihkan faraj, khususnya selepas bersalin atau haid.


Tetapi,kata Mak Bidan, khasiat ini adalah untuk dijadikan mandian dan bukannya sebagai bahan minuman.Jangan tersilap ye....Naya..


"Caranya adalah ambil beberapa batang pokok semalu, termasuk akarnya sekali dan bersihkan ia terlebih dahulu.

Masukkan dalam sebuah bekas (periuk) yang sudah dimasukkan air kosong bersama sedikit buah manjakani, garam kasar dan asam keping. Kemudian rebuskan.

Tunggulah sehingga asam keping itu kembang dan biarlah hingga airnya suam sedikit. Air semalu ini boleh dibuat air mandi dan bukan untuk diminum,"Ini petua Mak Bidan.


Diceritakan oleh orang bijak pandai .......berkaitan pokok semalu nii.....

Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang Pohon Tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.

Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu AMAT BERKAIT RAPAT DENGAN WANITA. Fatimah terkejut. Rasulullah s.a.w.menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek:

Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, segeralah kembali ke rumahmu apabila waktu semakin senja.





4 comments:

DUN Behrang 2020 berkata...

Entri yg menarik tu bro...kalo mike jumpa pokok mimosa pudica L tu melata kat umah teman...tu psl teman saja biokan...kot2 leh dikomersilkan...baiyek puinea!!!

SITI JAMALIAH BINTI RAMLI berkata...

Dik Zeck boleh akak tambah lg kegunaannya. Menurut kata menantu saudara akak cabut akar dan bersihkan keseluruhan pokok dengan bersih dan 'blender'. Masak hingga kering air dan dibalut untuk ubat patah. Wallah waklam. Tabib cina yang maklumkan padanya.

Zakaria Abdullah Sani berkata...

Zas to DUN;

Wah duh..berwawasan kawan aku nii...
Jangan terkejut nanti, kawan aku seorang ni, buka "Spa Semalu" he..he..

Zakaria Abdullah Sani berkata...

ZAS to CT Jamaliah:


Aya ! Lu sikalang cakap ada betut..
Tabib cina cakap ada betut...
Simalu aa..ubat manyak baik Ooo ,plus mujalab....untuk isteli aaaa...
patah-patah ka,..apa ka...
Mau tau aaa, itu tanya sama Tabib CT.....he..he..