SELAMAT DATANG KE BLOG CETUSAN RASA ZECK AS

BAJET KAKITANGAN AWAM 2010

BAJET KAKITANGAN AWAM 2010

SEMOGA MEREKA BERJAYA.....anak didik ku yang baru...zas

on Jumaat, Julai 16, 2010

Tanggungjawab yang digalas, dipikul dan digendong....Meminta ku memenuhi impian Pengetua...."Tahniah Cikgu Zeck...........Penolong Kanan Rendah....selamat berkhidmat......." "Cikgu Zeck.... Kami berharap sangat tahun ini punyai 2 orang calon yang mendapat 5A dan peratus lulus boleh capai 68.8% (15/22)......"

Sekolah baru yang mempunyai bilangan murid yang sedikit........tapi hasrat mereka besar....
Sekolah baru yang mempunyai bilangan calon UPSR hanya 22 orang.....tapi menanam impian seakan 200 orang......
Sekolah baru yang mempunyai hampir kesemua pelajar yang miskin, daif, disekitar Larut Matang dan Selama...... tetapi mereka `tidak miskin` untuk belajar......mereka `tidak daif` untuk membina ilmu......



Teruja melihat raut muka anak bangsa yang punya keinginan untuk belajar............Selamat menduduki Peperiksaan Percubaan UPSR Selaras Negeri Perak.Mulai 13 hingga 15 Julai 2010. Cikgu doakan kalian berjaya peroleh keputusan yang membanggakan sekolah dan ibu bapa...serta PKRnya.

TERIMA KASIH.....KAWAN

Terima kasih `kawan` kerana membina semangat ku......... Dalam tempoh seminggu menjadi `GB SR` di sebuah sekolah menengah di Redang Panjang sungguh meujakan....

Thank my friend.....
Blogger GPI SKSV berkata...

Tahniah Cikgu PKR Zakaria A.S.

di mana jua kita mengajar..ianya tetap milikNYA...

di Seberang perak? di bukit merah? di lembah beringin? di balik pulau? di hulu bernam? di Bandar 2020?

buat masa ini rezeki anda di Redang Panjang...

bersyukurlahhhh...

2010 Julai 10 10: p/s: sentiasa berdoa........tanda syukurnya pemberian Illahi....zas

RENTETAN RASA SEBELUM KE SMK REDANG PANJANG.

on Khamis, Julai 08, 2010

  • 26 Jun 2010 (Jumaat) yang lalu- Sekolah menerima panggilan telefon daripada salah seorang pegawai PPD Batang Padang. Meminta aku ke PPD Batang Padang dengan kadar segera.Aku bergegas ke pejabat.....Berderau dibuatnya. Dalam perjalanan ke pejabat dengan longlainya sempat fikiranku merewang. Apakah kesilapan yang dah aku lakukan? Laporan LADAP rasanya baru aje hantar, PLBS dah beres. Minit Mesyuarat PIBG kot.....SAH!!..Lupa nak sumit kat PPD...Dah sah dah kena hentam dengan PPD ni.
  • Sesampai di pejabat. GB dan rakan2 pejabat mengucapkan tahniah. Terpingga2 sebentar. Entah apa yang diperkatakan oleh mereka...Masih samar-samar buat aku.
  • GB pesan lepas kelas ni pergi ke PPD dan solat Jumaat kat sana. Kamu tu dapat tawaran kenaikkan pangkat.......
  • Lega....barulah keluh-kesah reda buat seketika. Sekitar jam 12.30 tengah hari, aku beredar dari sekolah ke PPD Tapah. Perjalanan ke sana 1 jam.
  • Tempat yang pertama ditujui ialah Masjid Tapah. Solat Jumaat, berdoa moga dirahmati dan terima kasih atas ketentuan-Nya. Thank Allah.
  • Tepat jam 2.30 petang, aku akhirnya menjejak kaki ke PPD Batang Padang dan bertemu dengan Pn Eng.(Penyelia SJK). Di sanalah diberikan surat tawaran kepada ku berserta 2 rakan yang lain.
  • Gembira dan terkejut kerana ditawarkan ke sekolah yang tak terlintas akan ke sana. Daerah Larut Matang Selama. Batu Kurau. Ahh!! Jauhnya. Dalam fikiran terbayang anak-anak yang akan ditinggalkan, emaknya yang akan disepikan.....Urusan rumahtangga yang tak menang tangan diuruskan.......Ahhhhhh!!! Pening..........`.Heng`sekejap aku.


  • 5 Julai 2010 (Isnin)-Aku lapor diri di SMK Redang Panjang. Doa kekawan, emak kat kg, isteri dan anak-anak membawa aku nun jauh di Batu Kurau, Selama.Inilah teratak bertugas ku yang baru. Selamat Bertugas Cikgu Zeck......sepi, rindu, nostalgia, runtum.....namun ku tahan jua.....-zas

KELUAR DARI PERTAPAAN......zas

on Ahad, April 11, 2010

Rasanya hampir sepurnama hamba bertapa....
masih ada lagikah yang mahu menerjah...Cetusan Rasa..Zeck
Entahlah....!!

UDAH LEGA......BANYAK KERJA DAH SELESAI

on Isnin, Mac 29, 2010


PERISTIWA BERLAKU SEPANJANG TEMAN BERTAPA -ZAS


SUASANA HARI KANTIN SKSV....

HARI KANTIN SK SLIM VILLAGE...27 MAC 2010 (SABTU)
p/s : Teman KP BM jual air leeee.....Air !...Air ! .....


MESYUARAT PIBG SKSV KALI KE-34
Saat sibuk teman sepanjang bulan Mac...
24 MAC 2010 (RABU)

`KELAS KEPUNG` KHUSUS UNTUK TAHUN 6
(3.00 petang - 5.00 petang)
MEMBERI PENDEDAHAN TENTANG SKOP SOALAN UPSR
KELAS TAMBAHAN TAHUN 4 & 5
(1.30 petang - 2.30 petang)
p/s : Teman menjadi Penyelaras Kelas Tambahan dan Kelas Kepung.



PROGRAM MOTIVASI TAHUN 6 (Fasa 1)
Skop kepada teknik belajar secara efektif..


KURSUS FASA 2 S/U PIBG
DI PKG TAPAH ROAD
23 FEBRUARI 2010








KURSUS S/U PIBG - Anjuran UPSI pada 05 & 06 Februari yang lalu.

on Ahad, Februari 07, 2010

Bagi teman program nii, amat bermakna, banyak pengisian yang teman dapat kongsi bersama-sama dengan rakan-rakan yang lain. Antara penceramah yang mengisi slot ialah Prof. Dr Omar bin Abdull Kareem, Dekan Ips, UPSI. Beliau membicarakan tajuk: "Kepimpinan dan Hubungan Komuniti".. Bagaimana menjadi pemimpin yang baik di antara sekolah dan komuniti setempat."Konflik dalam Komunikasi" disampaikan oleh : En Taqiyuddin Abdul Mukti; Kaunselor UPSI.

Paling menarik slot daripada Pengetua Cemerlang MCKK Jusa C ,En Mohd Rauhi bin Mohd Isa dengan tajuknya:
"Pembinaan Kerjasama Sekolah dengan Komuniti ke Arah Kecemerlangan Akademik" dengan dibantu oleh Penolong Kanan MCKK iaitu, En Safuan bin Hj Rabaai.Penyampaian yang bersahaja dan kelakar.....memang kami tak kering gusi dibuatnya....Paling teman ingat......Nak jadi orang HEBAT.....kena mendahului MASA.....Jangan masa yang mendahului kita........Maksudnya `on time` dalam setiap aktiviti yang kita laksanakan.

Bagi teman, rasa berbaloi pergi kursus niii, terlalu banyak input yang dapat dikongsi bersama. Kami akan berkursus lagi pada 23 Februari niii, Insyallah jika diizinkan.....


Program ini perasmian penutupnya oleh; Dato` Zulkiffly bin Mohd Wazir, Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Kementerian Pelajaran Malaysia.




p/s : Dalam kursus masih sempat teringatkan program tahun 6 yang berlangsung pada 06 FEB..................yelah...kata orang,"tempat jatuh lagikan dikenang kan..kan..?" Inikan anak murid.

HA ! HA ! HA !.......SUP SEDAP !!!!?????

Teman nak kongsi dengan korang tentang sup yang sedap niiiii !! Entahlah....Macam mana rasanya pun teman tak tau....Baunya..pun.......Entahlah bau ape...!!!!...Korang boleh agak ke bau sup niiiii..
Mungkin,bau ikan pun ade... seeeput pun ade...Bau ayam pun......ade......Bau Lembu punnnn....ade...........
Ha..ha..ha....!! Bak kata pak cik astro....Macam-macam ade........Itu baru bau.....!!!!


Rasanya.......korang fikirlah sendiri.......Ha..ha..ha...Kah..kah..kah....Hi..hi..hi..!!!!!!!
Teringin nak rasa..???????? Mmmmmm al-kisah Sup Sedap !!



SUKAN TAHUNAN sksv .....IMBAUAN..dan CERITANYA........

on Khamis, Februari 04, 2010



"Hidup Berakal Mati Berhantu".Mungkin itu lah selogan atau mungkin kata-kata hikmat yang menikam benak setiap guru penasihat rumah sukan, tahun ni. 2010 penuh nostalgis buat mereka yang terlibat.Entahlah.....buat teman sukan tahunan kali niii, ....Penuh dugaan..Penuh dengan cabaran..Penuh dengan ranjau, khusus buat s/u sukan.Macam-macam rasa ade..... Rasa kasihan pun ade, geram pun ade, marah pun ade, bersahaja pun ade, gembira pun ade....Yang paling penting Rumah Sukan teman dapat no. 2..Kira oklah tuuuu. Terima kasih buat Ketua Guru Rumah teman, Ustaz Sharifuddin.....Tahniah buat semua guru rumah yang banyak beri sokongan.......-zas