SELAMAT DATANG KE BLOG CETUSAN RASA ZECK AS

BAJET KAKITANGAN AWAM 2010

BAJET KAKITANGAN AWAM 2010

DAH MULA DAH..........

on Isnin, Januari 18, 2010



LATIHAN RUMAH SUKAN sekolah teman SKSV udah pun bermula 7 Januari lalu.....Teman diletakkan sebagai Guru Penasihat Rumah Colour Biru....Harap-harap tahun niiii..Rumah teman boleh le `pangkah` 3 rumah sukan yang lain.......Merah, Kuning dan Hijau.....

Kalu di telek dalam kitab..Renung dalam marifat...Rumah teman ni ade chan nak menang......Tahun lepas dapat no 3.....Tahun nii takkan dapat no 3 lagi.....paling kurang pun no 2 atau no 1...yeeeee takkk?

Insyallah........BIRU juara.......

p/s : Sukan Tahunan pada 28 Januari 2010................Biru.....pasti no one....hi..hi..syok sendiri.....

PROGRAM BERSAMA IBU BAPA......di SKSV














Program Bersama Ibu bapa Tahun 6
berlangsung pada 15 Januari 2010 (Hari Jumaat, 8.45 pagi). Ramai juga ibu bapa yang hadir.....Seperti biasa `paksa rela` teman menjadi MC pada hari tersebut. Ini telah memberikan kesempatan teman untuk mencuit sedikit emosi ibu bapa yang hadir...

Dengan sedikit ilmu kaunseling yang teman pelajari..........Teman mencuit emosi pelajar tahun 6 dan ibu bapa supaya sedar akan perjuangan mereka yang belum selesai.....Pergorbanan perlu dijelmakan jika ingin berjaya dan sukses......

p/s : Teman sentiasa doakan murid-murid teman nii akan menaikkan prestasi sekolah menjadi tahun yang terbaik.....Insyallah....Kita sama-sama doakan-zas



AKHIRNYA IMPIAN MENJADI KENYATAAN...

Saat dinanti tercapai akhirnya, ketika impian dambaan menjadi kenyataan.....Ingin rasa di hati imbau kenangan lalu bersama kekawan dan eX students..Akhirnya ia berlaku...Terima kasih sahabatku Cikgu Krie Ismail, Hafis Ambam & Cikgu Zeck yang membina laman nii......fb eX students/teacher SKJP2......

Terima kasih buat kekawan lama yang masih bersama,...Krie, Jamsari, Zainidi, Ustaz Amiruddin, Shahril Leman, Shahril Amir, Azmi, Noor Hayati, Mastura, Sariman dan ramai lagi...buat ex students yang aktif.......Syahirah Johar,Siti Anisda,Syuk Ablil,Qurratul Aini Nadia,Hafis Ambam,Mohd Fakharuddin,Afizi Asrul,Farah Arrbain,CT Noor Ain Rosley,Nur Syuhada Amri,Nor Saiedatul Akma,Nur Fardhilah,Ilyani,Aidil Fitri,Raihana...dan banyak lagi..korang memang best.....

p/s : Tak sabar rasanya nak buat perjumpaan perdana..............



CUTI YANG BERBALOI....

on Isnin, Disember 28, 2009































Pada 26 Dis 2009, kami sekeluarga dijemput ke Kenduri GPK Petang; sekolah lama teman mengajar....Kahwin anaknya....
Terima kasih Kak Rasiah kerana sudi menjemput teman sekeluarga ke kenduri anaknya di Pandan Indah....Nak penutup tahun dah (bulan Disember)....Cuti pun dah penghujung dah.....

Tapi ia berbaloi........berbaloi-baloi sungguh....kerna dapat bertemu kekawan yang dah lama dirindui......termasuklah mantan GB SKTT, Tn Hj Hamzah bin Hj Hassan.....

PERTEMUAN DENGAN BEKAS MURID 6 ORKID tahun 2000

on Ahad, Disember 27, 2009

KENANGAN MANIS.......

Pernah dulu teman siarkan ...
X student tahun 2000, kelas 6 Orkid, Di SK Jalan Pasar 2 kembalikan nostalgia saat teman mengajor depa.....


Sebenornya gambar itu pun teman dah tak ade dalam simpanan teman.....Tup-tup ia timbul kembali....Nostalgia yang mengusik jiwa.....Saat anak murid berhubung kembali melalui laman Face Book......


Entahlah......... Semacam ditakdirkan; Ia berlaku begitu pantas......Teman diminta bertemu sebahagian daripada
mereka.....Saat tu, terpikir sejenak teman.....Bagaimanakah perasaan mereka apabila sidang pertemuan itu nanti ??..
Teman di sekolah..time ngajor depa....aga
k garang jugak......hi..hi....marah-marah sayang katakan......

Saat dinanti telah pun tiba....Pada tanggal 24 Dis 2009 , jam lebih kurang pukul 4.00 petang, teman diketemukan dengan bekas anak murid, kelas 6 Orkid; sesi tahun 2000. Di Ampang Point.....KFC......


Rupanya.........saat itu terukir indah.........



p/s : Terima kasih buat X student yang sudi bertemu dengan cikgu.....
Faiz Rahim, Aizuddin, Hazrin, Khairulnisa....Thank a lot..see U next reunion.........
Korang memang best.......zas.

FACEBOOK punya cerita...

on Sabtu, Disember 26, 2009

.....Cerita pasal FB, teman terbaca petikan akhbar yang terdapat dalam FB anak murid teman nii...petikan yang menceritakan .."Kebimbangan guru-guru dan ibu bapa bahawa remaja kerap berFB, keputusan peperiksaan mereka bertambah teruk......(satu kajian di AS)


Di negara kita lain pula ceritanya......

Guna facebook selesai jenayah (...petikan akhbar METRO)

PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) dicadangkan supaya menggunakan khidmat laman web sosial facebook sebagai alternatif dalam usaha menyelesaikan kes jenayah.

Ketua Makmal Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi mengurangkan jenayah, Abdul Aziz Md Noor berkata berikutan laman web berkenaan kini diguna secara meluas sebagai medium perantara masyarakat, ia dapat membantu pihak berkuasa keselamatan itu memerangi jenayah.



p/s : Bagi teman yang penting ialah `niat kita` untuk ape....ye tak ?? Sama ada untuk berkongsi maklumat ke....berkenalan ke....cari jodoh ke....eratkan hubungan yang terputus sekian lama ke.....atau mungkin bertemu X student macam teman niii.....seronok jugak.....hi..hi....Fikir le sendiri - zas.

BERITA TERKINI...Buat ibu bapa.....Dari KPM

on Khamis, Disember 24, 2009

Kadar bayaran tambahan sesi persekolahan 2010 diseragam


KUALA LUMPUR: Bayaran untuk sesi persekolahan baru yang akan bermula pada 3 dan 4 Januari depan ditetapkan RM24.50 bagi setiap murid sekolah rendah dan RM33.50 murid sekolah menengah di seluruh negara.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, berkata kadar bayaran tambahan itu diseragamkan untuk semua pelajar sekolah rendah dan menengah mulai tahun depan.

Pecahan bayaran bagi sekolah rendah ialah RM3 untuk kokurikulum, kertas ujian dalaman (RM6), sukan tahunan sekolah (RM6), kegiatan Pendidikan Islam untuk murid beragama Islam atau Pendidikan Moral untuk bukan beragama Islam (RM6), Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (RM2) dan Insurans Takaful (RM1.50).

Bagi sekolah menengah pula, bayaran kokurikulum RM6, kertas ujian dalaman (RM10), sukan tahunan sekolah (RM6), kegiatan Pendidikan Islam atau Pendidikan Moral (RM6), MSSM (RM4) dan Insurans Takaful (RM1.50).

Derma PIBG pula :
“Apabila kadarnya dipersetujui bersama pihak sekolah dan PIBG, ia perlu dimaklumkan kepada Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing,” katanya.

Bagaimanapun, pihak sekolah hanya dibenarkan mengutip sumbangan PIBG berdasarkan satu keluarga satu bayaran tanpa mengambil kira bilangan anak di sekolah yang sama.

p/s : Harapan ianya akan memberikan impak yang baik kepada ibu bapa, kepada sekolah dan kepada PIBG sendiri.
Zeck a.s - Sekadar maklumat untuk pengunjung blog.....

TAHNIAH DARIPADA CIKGU ZECK........

....Mereka antara insan yang bertuah....Mereka dah buktikan bahawa setiap jerih payah, ada hikmahnya....Setiap kesungguhan yang diterbitkan dengan keringat keikhlasan, ada ganjarannya....Cikgu Zeck ucapkan tahniah, rupanya berbaloi-baloi jika kita tekun berusaha......

p/s : Kepada guru-guru SK Slim Village... Tidak terukur jumlah tinta yang anda lakarkan di papan putih untuk anak murid mu....Tidak terjumlah kata-kata yang anda hemburkan pada anak muridmu, hanya untuk berikan mereka sebidang ilmu.....Nah !! Berbaloi jumlah tinta yang kalian lakarkan......Nah !!! Berbaloi-baloi kata-kata yang kalian luahkan untuk menyedarkan anak murid mu dan memberikan mereka ilmu..........Anak murid mu.....Sudah Berjaya !! Tahniah kalian sukses....zas

* Fotocopy Ustaz Sharifuddin GPI......dengan izin.