SELAMAT DATANG KE BLOG CETUSAN RASA ZECK AS

BAJET KAKITANGAN AWAM 2010

BAJET KAKITANGAN AWAM 2010

BERITA TERKINI...Buat ibu bapa.....Dari KPM

on Khamis, Disember 24, 2009

Kadar bayaran tambahan sesi persekolahan 2010 diseragam


KUALA LUMPUR: Bayaran untuk sesi persekolahan baru yang akan bermula pada 3 dan 4 Januari depan ditetapkan RM24.50 bagi setiap murid sekolah rendah dan RM33.50 murid sekolah menengah di seluruh negara.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, berkata kadar bayaran tambahan itu diseragamkan untuk semua pelajar sekolah rendah dan menengah mulai tahun depan.

Pecahan bayaran bagi sekolah rendah ialah RM3 untuk kokurikulum, kertas ujian dalaman (RM6), sukan tahunan sekolah (RM6), kegiatan Pendidikan Islam untuk murid beragama Islam atau Pendidikan Moral untuk bukan beragama Islam (RM6), Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (RM2) dan Insurans Takaful (RM1.50).

Bagi sekolah menengah pula, bayaran kokurikulum RM6, kertas ujian dalaman (RM10), sukan tahunan sekolah (RM6), kegiatan Pendidikan Islam atau Pendidikan Moral (RM6), MSSM (RM4) dan Insurans Takaful (RM1.50).

Derma PIBG pula :
“Apabila kadarnya dipersetujui bersama pihak sekolah dan PIBG, ia perlu dimaklumkan kepada Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing,” katanya.

Bagaimanapun, pihak sekolah hanya dibenarkan mengutip sumbangan PIBG berdasarkan satu keluarga satu bayaran tanpa mengambil kira bilangan anak di sekolah yang sama.

p/s : Harapan ianya akan memberikan impak yang baik kepada ibu bapa, kepada sekolah dan kepada PIBG sendiri.
Zeck a.s - Sekadar maklumat untuk pengunjung blog.....

2 comments:

DUN Behrang 2020 berkata...

Salam,

Bagus bila ada ketetapan sebegini, sekurang2nya ibubapa faham utk apa ia dikutip dan keseragaman itu mengurangkan keraguan mereka...

Zakaria Abdullah Sani berkata...

Betul tu....Dun
Teman pun rasa macam tuu...zas