Sumber :Dipetik Akhbar Berita Harian (Terbaca dari bekas bungkus roti canai..) Penulis : Tengku Asmadi Tengku Mohamad.
PEGANGAN agama yang longgar serta penekanan ibu bapa yang terlalu mementingkan pencapaian akademik adalah antara penyebab utama jiwa pelajar tertekan lalu mudah terjebak dalam kejadian tidak diingini termasuk jenayah. Tidak cukup dengan itu, pelajar yang rata-ratanya berada dalam lingkungan usia kritikal turut tertekan akibat kesuntukan masa - menghadiri sesi persekolahan biasa pada waktu pagi atau petang disusuli sekolah agama atau kelas tuisyen yang perlu diikuti. “Ini menjadikan kehidupan mereka amat tertekan. Jadual mereka padat dengan tanggungjawab akademik serta perlu memenuhi tuntutan ibu bapa sepanjang masa.
Berikutan itu, mereka menjadikan kesempatan menemui atau lepak bersama rakan-rakan di dalam atau luar sekolah, sebagai saluran melepaskan tekanan.
“Keadaan bahaya apabila mereka tidak pedulikan latar belakang rakan, asalkan boleh serasi. Jika rakan yang baik, tidak mengapa, tetapi andai kawan yang digauli itu nakal, ia boleh menarik pelajar itu terjebak sama.”
KOMEN PENULIS :
Sekadar untuk berkongsi rasa dengan kalian...... Agaknya itulah perasaan yang bermain di minda anak-anak kita. Letih, tertekan, rungsing, bosan,perlu perhatian, perlu bermain, beban , marah, dan sebagainya. Kadang kala kita sebagai ibu bapa hanya pandai mengarah...itu dan ini....jika tak buat.....siap, kamu !! Pernah tak kita merasai apa yang mereka rasa...'empati' (masuk dalam kasut mereka;istilah kaunselor) Jadual mereka yang begitu padat, paginya sekolah biasa, tengah harinya kelas tambahan, petangnya kelas agama dan malamnya tuisyen dan buat kerja sekolah....Huh !! Penat !!..Sebagai ayah dan ibu, rasanya luangkan sedikit masa untuk anak-anak kita....beri tekanan kepada anak, rasanya bukan jalan yang terbaik......tetapi asuh, bimbing, didik dan pimpin sebenarnya menjadi jalan yang paling terbaik untuk anak kita. Dan yang paling penting...jiwa mereka perlu diturap dengan ilmu agama. Hanya agama sahaja yang boleh membantu anak-anak kita menjadi insan yang sempurna........Apa pandangan anda? zas
2 comments:
Satu perkongsian yang sgt menarik...dlm keletihan dan kelesuan yang kita alami sepanjang hari bekerja kadang2 kita lupa bahawa anak2 kita hari ini juga 'mempunyai jadual' yang hampir sama dgn kita...
Semoga kita sentiasa diberi kesabaran dalam mendidik anak2...
sebenor nya, teman pun kesian kat budak SKSV tu.. hari2 kena kepung.. kepung.. hari-hari..
fuh.. kalo kita ddi buat cenggitu, tumpo rasanyer...
Catat Ulasan